Piala AFF: Malaysia tidak berdepan masalah benam Laos di Bukit Jalil

Ammar Hakim
December 24, 2022 22:23 MYT
Malaysia berpesta jaringan apabila mengatasi Laos 5-0 dalam aksi peringkat kumpulan Piala AFF di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Skuad Harimau Malaya memasuki perlawanan kedua Kumpulan B bertemu Laos dengan sasaran mendapatkan jumlah jaringan yang besar dalam usaha untuk mengekori rapat pendahulu saingan, Vietnam.
Selepas merekodkan kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar, Malaysia menerima kunjungan Laos di laman sendiri.
Malaysia mendominasi permainan namun deretan peluang yang dihasilkan gagal diterjemahkan kepada jaringan.
Selepas percubaan demi percubaan, bolos jua gawang Laos apabila apabila hantaran silang Fazly Mazlan berjaya ditampan masuk oleh Sergio Aguero pada minit ke-29.
Dua gol pantas daripada Faisal Halim dalam separuh masa kedua menjadikan kedudukan 3-0 sekaligus menyaksikan perlawanan sudah menjadi milik Malaysia.
Malaysia terus mengasak kubu pertahanan Laos dapat usaha mendapatkan lebih banyak jaringan, dua lagi gol terhasil menerusi Haqimi Azim dan Stuart Wilkin memastikan Malaysia menamatkan permainan dengan keputusan 5-0.
#Malaysia #Laos #Piala AFF
;