'Perlawanan paling penting dalam sejarah kelab', demikian ungkapan ketua jurulatih Kuala Lumpur City FC, Bojan Hodak, menjelang aksi final Piala AFC 2022 zon ASEAN yang juga merupakan perlawanan ulangan peringkat Kumpulan H musim ini -- bekas pengendali PSM Makassar itu berdepan cabaran paling getir dalam karier kejurulatihannya selepas ketiadaan tiga tonggak utama Rabu ini.
Bojan turut berkongsi bayangan percaturannya bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, dengan pemilihan kudrat import hanya terikat kepada empat pemain tatkala membedah kekuatan pasukan PSM Makassar dalam usaha mengecapi kejayaan termanis semenjak memulakan karier kejurulatihan di Liga Malaysia.
Bojan Hodak individu paling sibuk minggu ini, mana tidaknya pengendali KL City F yang berusia 51 tahun itu kehilangan pemain tengah bertahan, Kenny Pallraj yang disahkan terlepas aksi getir menentang PSM Makassar.
Pada ketika tumpuan terarah kepada percaturan untuk merobek gawang lawan -- Bojan menjanjikan kebangkitan prestasi penyerang utamanya -- tidak seperti pertemuan yang berakhir seri tanpa jaringan sebelum ini di mana penyerang KL City kelihatan tumpul di depan gawang.
"Saya berasakan ini merupakan perlawanan yang penting dalam sejarah kelab. Jika kami menang kami akan layak ke separuh akhir saingan Piala AFC zon Asia," kata Bojan.
"Terdapat beberapa pemain tidak dapat diturunkan namun siapa yang dipilih akan memberikan yang terbaik. Kami masih memiliki tempoh masa untuk memilih barisan terbaik."
Sementara itu, Bojan menawarkan perspektif tersendiri, bayangan kelangsungan perlawanan final dengan pertembungan percaturan taktikal dijangka mengambil tempat.
Apa yang pasti, statistik seringkali memihak Bojan pada perlawanan akhir -- dan pencapaian luar biasa Bojan di Liga Malaysia jadi senjata utamanya untuk menjulang satu lagi detik bersejarah KL City FC.
"Saya pernah melatih PSM Makassar dan mengenali pemain yang mereka miliki dan cara mereka beraksi. Perlawanan ini semestinya sesuatu yang menarik dan kami akan menjanjikan kemenangan buat KL City."
Ammar Hakim
Mon Aug 22 2022


Tan Cheng Hoe sukar terima kelekaan tonggak Selangor
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, seakan sukar menelan hakikat hilang mata berharga ketika tersungkur kepada PDRM FC, sebentar tadi.

Declan Lambert tambah pincang Kuala Lumpur City
Khidmat Declan Lambert sah tidak dapat diketengahkan dalam perlawanan menentang Sri Pahang FC, di Stadium Darul Makmur, esok, akibat kecederaan lutut yang dialaminya ketika perlawanan Piala FA menentang Sabah minggu lalu.

Sentuhan pemusnah Lee Tuck julang Kedah Darul Aman
Lee Tuck muncul wira Kedah Darul Aman FC menjamin mata penuh di Alor Setar dengan meledak dua gol ketika melayani kunjungan Sabah FC, sebentar tadi.

Penang FC perlukan serangan balas jitu gugat benteng JDT
Asnan Ahmad tidak menolak soal 12 hari beraksi di luar memberi kesan kepada persiapan Penang FC untuk berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Bandaraya, malam esok.

Yusri Che Lah tidak janji keajaiban segera Perak FC
Ketua jurulatih sementara Perak FC, Yusri Che Lah, menuntut pemain memberikan aksi terbaik untuk mencuri mata dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC di Ipoh, malam esok.

PDRM FC pasang hajat sekat tiga mata Selangor FC
PDRM FC tidak gentar untuk menyekat Selangor FC yang prestasinya makin kukuh musim ini selain hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

JDT kekal rekod bersih pusingan pertama Liga Super
Johor Darul Ta'zim (JDT) di laluan tepat untuk mempertahankan mahkota Liga Super musim ini selepas melengkapkan pusingan pertama dengan mengecewakan Sri Pahang FC, sebentar tadi.

Negeri Sembilan FC nafi hajat Kelantan United keluar tangga tercorot
Dua pemain gantian menjadi penyelamat maruah Negeri Sembilan FC yang membuatkan Kelantan United gigit jari untuk merakamkan kemenangan sulung Liga Super 2023.

Benteng akhir Sri Pahang FC cari jalan kekang JDT
Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin, enggan menjadikan statusnya sebagai penjaga gol nombor dua sebagai halangan bagi mengemudi benteng akhir skuad Tok Gajah ketika bertandang ke Johor Darul Ta'zim (JDT), malam esok.

Faisal Halim kekal dalam perancangan Selangor FC
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, menegaskan bahawa dia dan pasukan masih memerlukan khidmat Faisal Halim untuk menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Rory McIlroy soars to lead on third day of Ohio Memorial
The Northern Irishman finished tied with two other players on six under par.

French Open day seven: Coco Gauff wins teenage battle as Iga Swiatek marches on
The story of the seventh day of action at Roland Garros.

Knicks' Julius Randle has ankle surgery, expected healthy for 2023-24
New York Knicks All-NBA forward Julius Randle underwent surgery on his left ankle but is expected to be ready for the start of next season.

Rennes make top four, Nantes survive and Auxerre relegated on Ligue 1 final day
On a thrilling final day of the 2022-23 Ligue 1 season, Rennes finished in the top four while Nantes completed a great escape.

Messi’s final game for PSG ends in defeat to Clermont
The Argentine will leave the Ligue 1 champions this summer after two years.

Rob Page: Gareth Bale ‘enjoying retirement’ and won’t join Wales coaching staff
The former Dragons captain and Real Madrid forward retired from football in January.

Paris Saint-Germain 2-3 Clermont: Messi and Ramos denied winning send-off as visitors fight back
Despite a bright start, PSG were unable to give Lionel Messi and Sergio Ramos a champion's send-off as they lost to Clermont on Saturday.

Billy Dodds proud of his Caley Thistle side despite final setback
The cinch Championship side were beaten by all-conquering Celtic at Hampden Park.

Callum McGregor hopes Ange Postecoglou sticks with Celtic
The former Australia boss is strongly linked to Tottenham.

Ange Postecoglou wants to savour Celtic’s success, not discuss the future
The Hoops boss is odds-on favourite to take over at Tottenham.