Petronas Terbuka Malaysia: Shi Yu Qi ikut jejak langkah Lin Dan

Saufi Tahir
January 13, 2025 13:53 MYT
Perseorangan lelaki China, Shi Yu Qi, menjadi pemain perseorangan lelaki dari negara Tembok Besar China yang memenangi Kejohanan Petronas Terbuka Malaysia 2025 sejak Lin Dan pada 2019.
Dia mendominasi perlawanan yang berlangsung selama 39 minit itu untuk menoktahkan kemenangan sulungnya di Bumi Malaysia apabila menewaskan lawan dari Denmark, Anders Antonsen,21-8,21-15, di Axiata Arena, malam tadi.
Untuk rekod, Lin Dan merupakan wakil perseorangan dari China terakhir sebelum Shi Yu Qi yang memenangi Terbuka Malaysia, setelah menewaskan Chen Long, 9-21, 21-17, 21-11 dalam pentas akhir pada 2019 ketika kejohanan itu masih berstatus Super 750.
"Saya gembira kerana sudah sekian lama perseorangan lelaki dari China tidak memenangi gelaran di Malaysia. Tahun lepas dia (Antonsen) berada alam prestasi terbaik, jadi hari ini saya mengimbas kembali pertemuan saya denganya.
"Kali terakhir kami bertemu, saya menewaskannya di Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir. Jadi saya tahu dia mahu menang kali ini dan saya pastikan buat persediaan rapi untuk aksi kali ini." katanya.
;