Petronas Terbuka Malaysia: Langkah Man-Tee terhenti, tiada wakil negara di final

Najmi Iman
January 11, 2025 22:27 MYT
Gandingan beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun, tidak berhasil menjadi wakil tunggal negara lolos ke peringkat akhir selepas perjuangan mereka dihentikan wakil China dalam separuh akhir Petronas Terbuka Malaysia di Axiata Arena, sebentar tadi.
Peminat tempatan perlu menunggu sehingga mata 26-24 untuk pemenang Terbuka Taiwan 2023 itu mendapatkan kemenangan di set pertama sambil terpukau dengan aksi tidak berputus asa yang ditampilkan beregu muda lelaki negara itu.
Gandingan ranking ke-13 dunia tersebut menyajikan perlawanan menakjubkan untuk menghidupkan peluang Malaysia ke pentas akhir kejohanan bertaraf super 1000 itu.
Begitupun, aksi pembukaan Badminton Jelajaf BWF itu menyaksikan Chen Boyang-Liu Yi tidak memberi jalan mudah buat pasangan negara apabila mendahului set kedua 18-13 dengan pantas.
Pukulan di depan jaring tidak berjaya dipatahkan oleh Man Wei Chong-Tee Kai Wun, sekali gus mengheret saingan ke set penentuan tatkala mengakhiri perlawanan kedua dengan keputusan 21-16.
Konsistensi gandingan lawan kekal berterusan apabila memimpin permainan 15-10 sambil diekori rapat oleh wakil negara. Pujian harus diberikan oleh Chen Boyang-Liu Yi tatkala menampilkan pertahanan yang baik menangkis pukulan Man Wei Chong-Tee Kai Wun.
Kemenangan rubber set Chen Boyang-Liu Yi 24-26, 21-16, 21-x menandakan keseluruhan tiada wakil negara berjaya layak final esok.
#badminton #Man Wei Chong-Tee Kai Wun #Petronas Terbuka Malaysia
;