Pestabola Merdeka 2024: Mehdi Khalil tidak anggap Malaysia pasukan lebih baik berbanding Lubnan

Ammar Hakim
September 9, 2024 19:33 MYT
Penjaga gol Lubnan, Mehdi Khalil, tampak menolak untuk menerima hakikat bahawa skuad Harimau Malaya lebih hebat berbanding pasukannya.
Ini walaupun keputusan semalam tidak memihak mereka dengan faktor pemain tidak mempunyai aksi kompetitif dalam tempoh dua bulan jadi alasan kekalahan itu.
"Pemain-pemain kami tidak berada di tahap terbaik kerana persiapan kami masih lagi belum bermula," katanya.
Lubnan terpaksa akur dengan kekalahan 1-0 di tangan Malaysia hasil jaringan Romel Morales.
#Malaysia #Lubnan #Pestabola Merdeka #Pestabola Merdeka 2024