Jurulatih badminton perseorangan lelaki negara, Wong Tat Meng, berpuas hati dapat menjadi sebahagian daripada skuad kebangsaan yang mempamerkan peningkatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
Tahun 2016 merupakan tahun terakhir Tat Meng bersama Persatuan Badminon Malaysia (BAM), selepas dia menerima tawaran untuk menjadi ketua jurulatih Scotland, bermula Januari nanti.
Ini kali kedua beliau berkelana ke luar negara selepas menjadi jurulatih di Indonesia selama setahun pada 2011.
Tat Meng sebelum ini mengendalikan bahagian perseorangan wanita sebelum tempatnya diambil alih Sairul Amar Ayob, awal bulan ini.
"Saya dapat lihat pemain perseorangan wanita di bawah kendalian saya mempamerkan peningkatan seperti yang kami jangkakan dan ranking mereka semakin meningkat.
"Apabila mereka beraksi di Grand Prix Emas, kita sudah mempunyai lebih ramai pemain yang mampu mara ke peringkat suku akhir.
"Persembahan mereka agak baik dan saya nampak ada perkembangan yang bagus," kata Tat Meng.
Rombakan barisan kejurulatihan dalam BAM menyaksikan Tat Meng ketika ini mengendalikan pemain muda perseorangan lelaki negara.
Antara yang terbabit di bawah kendaliannya ialah Lee Zii Jia yang mempamerkan aksi memberangsangkan dalam Kejohanan Remaja Dunia Bilbao, Sepanyol baru-baru ini.
Menurut Tat Meng lagi, walaupun tidak dapat untuk terus mengikuti perkembangan karier pemain-pemain berkenaan, beliau akan memastikan dapat berkongsi pengalamannya bersama mereka.
"Tempoh saya bersama mereka agak pendek tapi saya cuba kongsikan pengetahuan saya dengan mereka mengenai betapa pentingnya latihan dan meningkatkan permainan.
"Mereka perlu mempunyai disiplin tinggi untuk gigih berlatih dan berusaha keras.
"Untuk itu, saya percaya mereka boleh berjaya dalam masa singkat. Mereka akan maju dan lebih bagus."
Dalam perkembangan lain, Iskandar Zulkarnain Zainuddin melepasi pusingan kedua Terbuka China apabila bangkit mengalah pemain tuan rumah, Guo Kai 7-21, 21-6, 23-21.
Shaiful Shamsudin
Wed Nov 16 2016
Tottenham 2-3 Arsenal: Gunners hold off late fightback to boost title hopes
Despite a valiant late Tottenham effort, Arsenal clung on for three huge points in their fight for the Premier League title.
Bournemouth 3-0 Brighton: Unal stars as Cherries continue upward surge
Bournemouth's hopes of qualifying for Europe are firmly intact after a 3-0 victory over Brighton on Sunday.
Everton Women 1-1 Arsenal Women: Hobson breaks WSL record to all but end Gunners' title hopes
Hobson breaks WSL record in draw
Malone: Shoe mix-up not to blame for Nuggets' Game 4 loss
After pre-match equipment confusion, the Denver Nuggets missed the opportunity to clinch their progression as they fell to a 119-108 loss.
Luis Enrique insists PSG will 'celebrate' Ligue 1 title, despite wait for confirmation
Paris Saint-Germain must wait for official confirmation of the Ligue 1 title, but Luis Enrique knows his side are all but there.
Inter 2-0 Torino: Nerazzurri ease to win in party atmosphere
Report: Inter 2-0 Torino
St. Mirren 1-2 Rangers: Dessers nets winner as Gers keep touch on Celtic
Report: St. Mirren 1-2 Rangers
Tatum points to Celtics' toughness as key to Game 3 win over Heat
Tatum: Celtics' toughness showed
Kane gunning for Lewandowski's single-season Bundesliga goal record
Harry Kane needs six goals in three Bundesliga games to match Robert Lewandowski's record haul of 41 goals from 2020-21.
Pochettino says VAR 'damaging' English football as Chelsea denied Villa win
Pochettino: VAR 'damaging' the game