Skuad bola sepak India menyasarkan kemenangan ke atas Malaysia bagi menamatkan kemarau kemenangan sejak setahun lalu dan memburu kemenangan pertama sejak dibimbing ketua jurulatih, Manolo Marquez.
Marquez dilantik pada 20 Julai lalu dan sehingga ke hari ini, dia masih gagal menamatkan rentetan tanpa kemenangan The Blue Tigers.
Kali terakhir India melakar kemenangan adalah ketika menewaskan Kuwait 1-0 dalam pusingan kelayakan Piala Dunia pada 17 November 2023.
Selepas itu, mereka melewati 11 perlawanan tanpa kemenangan, tujuh daripadanya berakhir dengan kekalahan.
Perlawanan terakhir pula menyaksikan mereka terikat 1-1 dengan Vietnam dalam perlawanan persahabatan pada 12 Oktober lalu.
Genap setahun tanpa sebarang kemenangan, skuad Blue Tigers itu menyasarkan untuk menamatkan badi itu apabila bertemu Malaysia dalam aksi persahabatan tier 1 di Hyderabad malam esok.
Menjelang pertemuan ke-33 kedua-dua pasukan berkenaan, Marquez berkata kepada Republic: "Saya memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan dengan Malaysia.
"Dari satu sudut, ia adalah percaturan yang berbahaya kerana pemain berada di tengah-tengah perjuangan dalam ISL (Liga Super India) dan kami hanya ada satu perlawanan persahabatan pada bulan November.
"Tetapi saya sangat yakin dengan pasukan ini dan saya rasa kami akan mempamerkan prestasi yang baik malam esok.
"Semua orang mahu memenangi setiap perlawanan tetapi perasaan yang kami dapat selepas seri dengan Vietnam adalah berbeza sama sekali daripada apa yang kami dapat selepas seri dengan Mauritius atau ketika tewas kepada Syria.
"Dalam beberapa ketika, kami bermain dengan hebat. Satu perkara penting ialah pemain perlu percaya dengan gaya permainan kami, saya mahu memenangi setiap perlawanan malah mahu menang dalam setiap sesi latihan," katanya.
Muzaffar Musa
Sun Nov 17 2024
Tikam mangsa guna pisau 'rambo' hingga lumpuh, bekas bintang muda EPL dipenjara
Bekas bintang muda Liga Perdana Inggeris, Causso Darame, telah dipenjara kerana menikam remaja berusia 19 tahun itu hingga lumpuh.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kelantan Darul Naim lawan Perak
Kelantan Darul Naim akan bertemu Perak dalam aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Petaling Jaya malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Kedah Darul Aman lawan KL City
Dua pasukan Liga Super, Kedah Darul Aman dan Kuala Lumpur City, akan bertembung dalam perlawanan pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Darul Aman malam esok.
Unifi Piala Malaysia: Info siaran langsung (live streaming) Penang lawan Kuching City
Penang akan menantikan kunjungan Kuching City bagi aksi pertama pusingan 16 Piala Malaysia di Stadium Bandaraya malam ini.
Sabah kirim video sesi latihan terakhir bersama Ong Kim Swee
Sabah dalam satu kiriman media sosial sebentar tadi memuat naik sepotong video yang memaparkan sesi latihan terakhir Datuk Ong kim Swee sebagai ketua jurulatih pasukan itu.
Harimau Malaya: Apa akan berlaku 15 Disember ini?
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, memuat naik satu pelan mengenai struktur terbaru pasukan Harimau Malaya menerusi Intagramnya, semalam.
Piala ASEAN Mitsubishi Electric 2024: Yaman uji Harimau Malaya sebelum kejohanan?
Harimau Malaya dan Yaman kelihatan bakal bertemu buat kali pertama sejak 2014 menerusi satu perlawanan persahabatan tahun ini.
LaLiga: Jadi seperti Cristiano Ronaldo -- Candela beritahu Kylian Mbappe
Bekas pemenang Piala Dunia menggesa supaya Kyllian Mbappe meningkatkan prestasi ke tahap yang lebih tinggi jika mahu menjadi seperti Cristiano Ronaldo di Real Madrid.
EPL: 'Isu kecederaan bukan masalah, Man City tetap hebat daripada Liverpool'
Danny Mills berpendapat bahawa Manchester City masih sebuah pasukan yang lebih hebat daripada pencabarnya, Liverpool, meskipun dibelenggu masalah kecederaan yang melampau.
Kelayakan Piala Dunia 2026: Tidak puas hati, kapten Peru berang pengadil 'tolong' Messi
Peru meluahkan hasrat tidak puas hati dengan keputusan pengadil yang seakan berat sebelah ketika tewas kepada Argentina 0-1 dalam perlawanan Kelayakan Piala Dunia 2026, semalam.
Gravenberch ready to show off Liverpool form ‘to the world’, says Gakpo
Preview: Southampton v Liverpool
Taylor proud of 'gritty' Man City display in Hammarby victory
Taylor proud of Man City display
Sinner inspires comeback to help Italy reach Davis Cup semi-finals
Sinner inspires Davis Cup comeback
Hurtig the hero after late goal sends Arsenal into Champions League quarters
Hurtig strike sends Arsenal through
Gatland 'still the best coach in the world', says Wales assistant Howley
Howley: Gatland right for Wales
Norris believes he has 'what it takes’ for future world title after Verstappen battle
Norris confident of future title
Farrell backs 'composed' Prendergast to shine on first Ireland start
Farrell: Prendergast ready to shine
Guardiola agrees two-year contract extension with Man City
Guardiola agrees contract extension
Shaw at the double as Man City progress in Champions League
Shaw double guides Man City through
Neymar wanted to 'give up' after suffering ACL injury
Neymar: I wanted to give up