Permainan Chen Tang Jie-Toh Ee Wei semakin matang -- Koo Kien Keat
Saufi Tahir
December 18, 2024 19:43 MYT
December 18, 2024 19:43 MYT
Juara Final Siri Super 2008, Koo Kien Keat, memuji kematangan beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, selepas aksi menakjubkan yang ditampilkan dalam final jelajah dunia BWF 2024, minggu lalu.
Walaupun tumpas dalam saingan final, Kien Keat menyifatkan persembahan yang ditonjolkan oleh 'The Little Gangsters' itu adalah sangat cemerlang dan dia percaya pasangan beregu itu mampu mengecapai kejayaan di pentas lebih besar selepas ini.
"Semestinya Chen Tang Jie-Toh Ee Wei sejak kali pertama saya lihat mereka beraksi saya berasakan mereka ada sesuatu tetapi pernah komen bahawa mereka masih belum cukup matang.
"Tetapi kini kematangan itu sudah ada dan meningkat. Saya harap mereka dapat lebih konsisten dan pergi lebih jauh," katanya.
Proud of you guys ??? https://t.co/T3sGTdJUig
— BAM (@BA_Malaysia) December 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bekas beregu lelaki nombor satu dunia itu juga gembira apabila terdapatnya wakil seimbang daripada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan profesional dalam edisi kali ini dan ia sekaligus, menampilkan saingan sihat untuk pemain negara beraksi di peringkat tertinggi, kerana di penghujung harinya, kesemua pemain tetap bermain untuk nama malaysia di persada antarabangsa.
"Siapa yang tonjol prestasi yang terbaik maka dia akan menang, ini adalah kejohana yang bersih walaupun sesiapa yang pergi mereka tetap akan mewakili Malaysia." tambahnya.
Sejak meninggalkan kem BAM pada penghujung Ogos lalu, Izzuddin dan Sze Fei berhasil merekodkan satu lagi kejuaraan di Terbuka China pada September untuk keseluruhannya merangkul tiga kejuaraan bagi musim 2024.
Konsistensi itu membolehkan 'DinFei' memintas kedudukan Olimpian Negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, sebagai beregu lelaki nombor satu negara dengan kemaraan untuk berada di ranking ketiga dunia ketika ini.