Selangor bersedia menerima apa sahaja keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) atas penarikan diri daripada Perlawanan Sumbangsih menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di Iskandar Puteri, yang sepatutnya berlangusng malam ini.

Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, ketika ditemui wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, berkata kelab itu berharap hukuman yang akan dikenakan itu tidak akan membebankan pasukan mereka.

Terdahulu, Selangor memilih untuk tidak hadir ke Perlawanan Sumbangsih atas faktor keselamatan susulan insiden bintang utama mereka, Faisal Halim, disimbah asid.

Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena jam 7.30 malam ini.