Pengeluar produk sukan antarabangsa mohon maaf isu Jalur Gemilang terbalik di jersi Lee Zii Jia

Muzaffar Musa
December 11, 2024 21:19 MYT
Sebuah pengeluar produk sukan antarabangsa dalam satu kenyataan sebentar tadi memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran insiden bendera terbalik di jersi yang dipakai Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Final jelajah Dunia BWF di China hari ini.
Jersi kedua yang dipakai Lee Zii Jia ketika menewaskan Chou Tien-chen dalam aksi pertama kejohanan itu mencetuskan tanda tanya selepas bendera Malaysia yang dilekatkan di bahagian dada pemain itu berada di posisi terbalik 180 darjah.
Insiden itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dan jenama itu memberikan respons segeranya.

Our sincere apologies to all Malaysians ??? pic.twitter.com/nxoDPblAZv

— VICTOR Malaysia (@victor_malaysia) December 11, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Semoga berjaya buat Zii Jia dalam kejohanan itu dan teruskan menonton aksi terbaik Final Jelajah Dunia BWF di Astro Badminton saluran 815
#badminton #Lee Zii Jia #Final Jelajah Dunia BWF
;