Sebuah pengeluar produk sukan antarabangsa dalam satu kenyataan sebentar tadi memohon maaf kepada rakyat Malaysia ekoran insiden bendera terbalik di jersi yang dipakai Lee Zii Jia dalam Kejohanan Badminton Final jelajah Dunia BWF di China hari ini.

Jersi kedua yang dipakai Lee Zii Jia ketika menewaskan Chou Tien-chen dalam aksi pertama kejohanan itu mencetuskan tanda tanya selepas bendera Malaysia yang dilekatkan di bahagian dada pemain itu berada di posisi terbalik 180 darjah.

Insiden itu mencetuskan kemarahan rakyat Malaysia dan jenama itu memberikan respons segeranya.

Semoga berjaya buat Zii Jia dalam kejohanan itu dan teruskan menonton aksi terbaik Final Jelajah Dunia BWF di Astro Badminton saluran 815