Pemain China hantui kempen pemain negara di Terbuka Korea

Public Anonymous User
September 29, 2016 05:33 MYT
Kejayaan beregu campuran, Chan Peng Soon-Goh Liu Ying dan beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, mara ke pusingan ketiga Terbuka Korea Selatan gagal dijejaki dua lagi wakil negara, Iskandar Zulkarnain Zainuddin dan Teo Kok Siang-Hoon Thien How.
Iskandar dan beregu lelaki kedua negara, Kok Siang-Thien How, tersingkir selepas tewas kepada lawan masing-masing, petang tadi.
Kemaraan Iskandar disekat pemain di ranking ke-41 dari China, Qiao Bin, yang menamatkan perjuangan perseorangan lelaki negara itu dengan keputusan 13-21, 19-21 dalam tempoh 53 minit.
Kok Siang-Thien How pula mempersiakan kelebihan yang dimiliki mereka memenangi set pertama sebelum disingkirkan pasangan muda China, Huang Kaixiang-Wang Yilyu 17-21, 21-13, 21-9.