Selepas berjaya menduduki tempat kedua saingan peringkat liga round robin SS Purple League (SSPL) musim ini, Kelab Badminton (KB) Bandar Utama Dragons menaruh harapan kepada beberapa pemain berpengalaman untuk menjulang kelab itu dalam saingan kalah mati nanti.
Memiliki beberapa pemain berpengalaman seperti kapten pasukan, Tan Wee Kiong, Markis Kido, Wei Nan dan banyak lagi pemain adalah kunci kekuatan kelab itu.
Ketua jurulatih KB Bandar Utama Dragons, Tan Bin Shen, percaya pengalaman yang dimiliki pemainnya mampu membawa pasukan itu mara hingga ke perlawanan akhir.
“Setakat ini, pemain berpengalaman yang kekal bersama kami di peringkat kalah mati nanti adalah Tan Wee Kiong, Wei Nan dan Markis Kido. Jadi, kami harapkan pengalaman yang ada pada mereka dapat membantu pasukan layak ke perlawanan akhir.
“Kami juga sedang berusaha mencari pemain-pemain baru untuk memantapkan pasukan sekiranya ada pemain di bawah BAM (Persatuan Badminton Malaysia) yang tidak dapat beraksi nanti.
"Kita akan muktamadkan skuad penuh dalam masa yang terdekat,”ujar Bin Shen ketika dihubungi.
Jurulatih itu juga tidak khuatir dengan mana-mana lawan yang mereka bakal hadapi dalam separuh akhir, sama ada KB Petaling Jaya ataupun KB Petaling, tetapi mahu fokus untuk ke final.
“Kami pun tak tahu kekuatan pasukan lawan memandangkan jendela perpindahan dibuka semula sebelum peringkat kalah mati. Tapi saya rasakan kami akan bertemu pasukan KB Petaling berdasarkan pemain berkualiti yang dimiliki mereka seperti Datuk Wira Lee Chong Wei.
“Bagi saya, yang penting adalah kami perlu berusaha dengan sehabis baik dalam separuh akhir kerana dengan sistem 11 mata dan bermain di Genting Highlands yang anginnya agak tak menentu, bulu tangkis yang laju, situasi memang sukar dijangka dan apa-apa sahaja boleh berlaku nanti,” tambah bekas pemain kebangsaan itu.
KB Bandar Utama Dragons terus layak secara automatik ke peringkat separuh akhir peringkat kalah mati SSPL 2016/17 selepas menduduki tangga kedua bersama-sama KB Muar selaku juara saingan awal sebelum ini.
Selepas tamat saingan liga, peringkat kalah mati enam pasukan yang menduduki kedudukan teratas liga akan berlangsung dari 9 hingga 12 Februari di Arena of Stars, Genting Highlands bagi mencari juara SSPL musim ini. Pasukan bawahan liga pula akan berentap menentukan kedudukan ketujuh hingga ke-10.
Ammar Hakim
Wed Jan 18 2017
Gobert voted Defensive Player of the Year for 4th time
Gobert wins 4th career DPOY award
Terzic: Dortmund have made up for last season's Bundesliga failure
UCL run makes up for league failure
'I don't see why we shouldn't win' - BVB hero Hummels bullish ahead of Champions League final
Hummels bullish ahead of CL final
Veteran campaigner Hummels the hero as fine margins cost PSG
Data Debrief: PSG 0-1 BVB
'We weren't efficient' - Marquinhos bemoans PSG profligacy after Champions League exit
Marquinhos rued Paris Saint-Germain's Champions League exit, but focused on the positives of their run to the semi-finals.
Paris Saint-Germain 0-1 Borussia Dortmund (0-2 agg): Hummels header sends BVB into Champions League final
Report: PSG 0-1 BVB (0-2 agg)
Tuchel wants Bayern to discover their 'inner child' against Real Madrid
Tuchel not afraid of Real Madrid
Everton shareholders demand a decision on takeover
Everton fans want takeover decision
IPL: Royals downed by big-hitting Capitals
Royals lose again in IPL
Liam Rosenior departs Hull City after 18 months in charge
Liam Rosenior departs Hull City