Pelantikan CEO pasukan kebangsaan hampir muktamad -- TMJ
Shaiful Shamsudin
December 27, 2024 14:04 MYT
December 27, 2024 14:04 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, sebentar tadi bertitah tentang kriteria-kriteria yang harus ditepati seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sambil membayangkan pelantikan individu terbabit hampir selesai.
Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dalam ciapan di X menjelaskan individu tersebut mempunyai kredibiliti tinggi dalam bola sepak malah akan bekerjasama dengan pengelola liga tempatan bagi, sekali gus membantu meningkat prestasi Harimau Malaya.
Ciap baginda: "National Team CEO Almost Done'
"Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola sepak. Beliau juga perlu mempunyai rangkaian yang kukuh dalam industri bola sepak dengan hubungan erat bersama individu-individu yang berjaya dalam sukan ini bagi merangka hala tuju Harimau Malaya.
'National Team CEO Almost Done' Ketua Pegawai Eksekutif pasukan kebangsaan Malaysia mestilah seorang yang memahami bola sepak dan mengetahui selok-belok sukan ini secara profesional supaya dapat menghubungkan aspek teknikal, komersial, dan hubungan interpersonal dalam bola… pic.twitter.com/XNGHqOlsXo
— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 27, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Beliau mestilah seorang yang bukan sahaja pernah bermain di peringkat tertinggi, tetapi juga seorang usahawan yang mampu memacu kepentingan komersial Harimau Malaya. Selain itu, beliau juga perlu berupaya memberi nasihat kepada liga berkenaan dasar-dasar yang boleh secara langsung dan tidak langsung meningkatkan kedudukan pasukan kebangsaan kerana liga yang kuat dengan lebih banyak pasukan yang diuruskan dengan baik akan meningkatkan standard bola sepak Malaysia."