Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan dilaksanakan dalam Liga Malaysia (Liga-M) hanya setelah segala persiapan rapi selesai dilakukan bagi penggunaan teknologi tersebut.
Itu perkembangan terkini mengenai status VAR dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam.
Jelas Stuart, MFL tidak mahu tergesa-gesa dalam melaksanakan VAR tanpa persediaan rapi yang boleh mengganggu kelancaran penggunaan teknologi dalam saingan liga tempatan.
“Ya, MFL akan melakukan perbincangan bersama pihak berkaitan termasuk memastikan para pengadil kita cukup bersedia menggunakan VAR sebaik teknologi itu digunapakai walaupun pengadil kita telah menjalani sesi latihan.
“Wakil FIFA (Persekutuan Bolasepak Antarabangsa) pun ada bersama kita untuk pastikan perbincangan dalaman bersama FAM diadakan sebelum MFL dan FAM dapat mengumumkan garis masa pelaksanaan VAR di dalam perlawanan Liga Malaysia.
“Namun pada masa sama kita perlu mempertimbangkan beberapa aspek berkaitan teknologi ini, jaringan internet dan juga latihan,” katanya kepada Sinar Harian.
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sebelum ini memberi bayangan menggunakan VAR pertama kali dalam Liga-M pada aksi final Piala Malaysia Disember depan bagi meningkatkan lagi mutu pengadilan di negara ini.
Dalam pada itu, Stuart juga memaklumkan MFL juga mencari penyelesaian untuk memastikan teknologi VAR sesuai digunakan di stadium utama di setiap negeri.
“Penyelesaian VAR yang paling murah dan digunakan satu dunia adalah sistem berpusat, tetapi ia memerlukan kestabilan ketersambungan.
“Kita tahu di Malaysia kestabilan ketersambungan di peringkat stadium tidak stabil dan tidak memberi peluang untuk kita laksanakan penyelesaian tersebut.
“Mungkin dalam seminggu lagi kita akan bagi keterangan lebih lanjut penyelesaian mana akan diambil di Malaysia yang sedikit berbeza dengan apa yang kita lihat di televisyen,” katanya.
Sinar Harian
Thu Aug 31 2023


Liga Super: Akmal Rizal puji corak, karakter Penang ikat Terengganu
Pengendali sementara Penang FC, Akmal Rizal, berpuas hati dengan corak dan karakter yang ditampilkan anak buahnya dalam aksi menentang Terengganu FC.

Mentaliti juara kembalikan rentak sebenar JDT -- Solari
Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Esteban Solari, berpuas hati dengan aksi dipersembahkan skuad kendaliannya ketika menewaskan Sri Pahang FC 2-0 dalam perlawanan Liga Super di Stadium Darul Makmur, malam tadi.

Perak FC rancang bawa nama besar musim 2024/25
Perak FC sedang mengintai beberapa pemain yang akan mengejutkan peminat dalam usaha memperkuatkan pasukan musim hadapan.

Liga Super: Penang FC selamatkan satu mata dalam masa kecederaan
Hasrat Terengganu FC untuk bangkit selepas dibelasah 0-4 ketika bertemu Sabah FC minggu lalu tidak menjadi kenyataan apabila dinafikan Penang FC pula dalam masa kecederaan sebentar tadi.

Sam Somerville rendah diri pastikan kekebalan Selangor FC
Sam Somerville enggan dijulang sebagai wira Selangor FC, selepas penjaga gol itu tampil cemerlang menafikan beberapa peluang wajib gol jentera serangan Kedah Darul Aman.

Sam Somerville idam sarung jersi Harimau Malaya
Penjaga gol Selangor FC, Sam Somerville, menyimpan hasrat untuk menerima panggilan skuad kebangsaan.

Liga Super: Barisan legenda bolasepak negara puji kehadiran Brendan beri impak buat Selangor
Percaturan membawa masuk pemain tengah, Brendan Gan, ternyata membuahkan hasil buat Selangor dalam memastikan kemenangan 1-0 ke atas Kedah Darul Aman dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Stadium Darul Aman.

Liga Super: Akhiri kemarau lapan tahun ke pentas Asia, Cheng Hoe anggap perjalanan Selangor masih jauh
Ketua jurulatih Selangor FC, Tan Cheng Hoe, mengganggap barisan pemain berhak memperoleh kemenangan 1-0 dalam aksi Liga Super berdepan Kedah Darul Aman di Alor Star, sebentar tadi.

Liga Super 'Match of The Season': Selangor pastikan kemenangan dalam aksi penuh dramatik di Stadium Darul Aman
Jaringan tunggal Ayron del Valle memastikan Selangor membawa pulang tiga mata berharga di laman lawan untuk memastikan tiket Liga Juara-Juara (ACL) 2 menjadi milik mereka

Separuh masa pertama: Kedah-Selangor sama handal!
Kedah berjaya mengikat Selangor di separuh masa pertama dalam saingan Liga Super 'Match of The Season' di Stadium Darul Aman sebentar tadi.

NBA: Boston Celtics stay perfect at home
The Boston Celtics, Sacramento Kings and Oklahoma City Thunder all posted notable wins to highlight Friday's play in the NBA.

On this day in 2010: Alan Pardew appointed as Newcastle manager
The former Reading, West Ham, Charlton and Southampton boss was unveiled as successor to the sacked Chris Hughton.

Mark Robins hails ‘effervescent’ Callum O’Hare after derby double
The Coventry midfielder inspired his side’s 2-0 win over Birmingham.

Ange Postecoglou warns Tottenham: Life will never be comfortable during my reign
Spurs have failed to win any of their last five matches despite taking the lead in each fixture.

He knows what he has to do – Erik ten Hag on Jadon Sancho’s Man Utd future
Sancho has not played for United since August.
He’s the hardest-working player: Vincent Kompany hails James Milner’s longevity
.

Federico Gatti sends Juventus top of Serie A with win over Napoli
Gatti headed home the only goal early in the second half.

Callum O’Hare double fires Coventry to win over Birmingham
The fit-again midfielder made his CBS Arena return in style in a 2-0 Sky Blues win.

Raith go top of Championship table after battling back against Partick Thistle
November signing Daniel O’Reilly opened the scoring but put into his own net after the break.

Cristiano Ronaldo sets Al-Nassr on way to big win
The former Manchester United and Real Madrid star opened the scoring in a 4-1 success against Al-Riyadh.