Paris 2024: Vivian Hoo optimis Pearly Tan-M. Thinaah mampu sumbang pingat...

Saufi Tahir
August 1, 2024 16:52 MYT
Olimpian negara, Vivian Hoo, berasakan tidak mustahil buat atlet beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah, menyumbangkan pingat buat negara di temasya Sukan Olimpik Paris 2024, kali ini.
Ini berikutan beregu wanita nombor satu negara itu berjaya mencipta sejarah selepas menjadi beregu wanita pertama yang berjaya melayakkan diri dalam saingan separuh akhir selepas menewaskan wakil dari Korea Selatan, Kim So Yeong-Kong Hee Yong, dengan aksi straight set 21-12, 21-13, hari ini.
Vivian berasakan ketenangan merupakan kunci utama kepada kemenangan hari ini dengan masing-masing menunjukkan aksi berkelas tinggi.

Today they followed in my footsteps. Today I want them to go furter than I ever did. Vivian Hoo, Rio2016 #Olympics Quarterfinalist with Woon Khe Wei. Doa seorang senior ?? buat Pearly & Thinaah. #KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/2liZrNwyqA

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kali terakhir pasangan beregu wanita negara layak ke saingan suku akhir adalah ketika Vivian Hoo bersama Woo Khe Wei dalam edisi Sukan Olimpik Rio pada tahun 2016.
"Mereka bermain dengan tenang hari ini. Semua perancangan permainan sudah lengkap dengan mental dengan taktikal yang baik. Memang perlawanan hari ini berkelas tinggi.
"Jika mereka terus beraksi dengan keyakinan seperti tadi (hari ini), tak mustahil dapat pingat untuk Malaysia. Yang penting mereka perlu fokus satu per satu, walau apa pun terjadi di Sukan Olimpik.
"Sekarang tekanan adalah pada pasangan China jadi saya rasa (mereka) berani untuk lawan." katanya kepada Astro Arena.
#badminton #Vivian Hoo #Paris 2024 #Pearly Tan-M. Thinaah
;