Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia, menganggap undian peringkat kumpulan dalam Sukan Olimpik Paris 2024 bulan ini bukanlah satu cabaran luar biasa.

Aaron dan pasangannya, Soh Wooi Yik, diundi dalam Kumpulan A bersama beregu nombor satu dunia dari China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Turut berada dalam kumpulan sama ialah gandingan Great Britain, Ben Lean-Sean Vendy, dan beregu Kanada, Adam Dong-Nyl Yakura.

Biarpun dilihat berada dalam kumpulan sukar, Aaron, bagaimanapun, enggan menjadikannya sebagai halangan dalam misi memburu pingat emas pertama negara dalam temasya itu, sebaiknya hanya mahu fokus menghadapi setiap perlawanan.

"Saya rasa ia undian yang baik, undian yang standard.

"Apabila diundi dalam Kumpulan A, kami hanya perlu fokus," katanya.

Acara badminton beregu lelaki akan berlangsung dari 27 Julai hingga 5 Ogos ini di Arena Porte de la Chapelle.