Paris 2024: Tiada jaminan Nadal dan Alcaraz pungut pingat emas di Olimpik

Fatin Ruzaiman
July 25, 2024 10:19 MYT
Rafael Nadal dan Carlos Alcaraz teruja untuk mewakili Sepanyol di Sukan Olimpik Paris tetapi menganggap cabaran mereka masih jauh.
Alcaraz menang di Wimbledon buat kali kedua menentang Novak Djokovic awal bulan ini sebelum menambah gelaran kejuaraan di Terbuka Perancis pada Jun.
Dengan kejayaan itu, dia menjadi pemain termuda memenangi gelaran utama dalam tiga kejohanan berbeza termasuk Terbuka AS pada 2022.
Pemenang grand slam 22 kali, Nadal, pula bergelut dengan kecederaan sejak dua tahun lalu tetapi mara ke final pertamanya sejak 2022 menerusi Terbuka Sweden minggu lalu tetapi tewas straight set kepada Nuno Borges di Bastad.
Perlawanan pembukaan Olimpik itu bakal berlangsung pada 27 Julai di Roland Garros, tetapi Nadal tidak berasa jamin tentang peluang Sepanyol untuk memenangi pingat emas.
#Rafael Nadal #Tenis #Carlos Alcaraz #Olimpik 2024
;