Paris 2024: Tamat sudah perjalanan sang pejuang Goh Jin Wei di temasya berprestij Olimpik Paris 2024
Lily Hamzah
July 31, 2024 16:47 MYT
July 31, 2024 16:47 MYT
Tough luck buat bekas juara remaja dunia itu selepas bergelut ketika mencatat kemenangan pertama di Sukan Olimpik Paris, dia diuji ke segenap penjuru untuk terpaksa akur atas kekalahan bermaruah kepada lawannya Kim Ga Eun dari Korea Selatan dengan keputusan 17-21, 22-20 dan 21-23 sekaligus meranapkan impiannya untuk mara ke pusingan 16 terakhir dalam masa satu jam lima minit.
Bagaimanapun pujian penuh perlu diberikan buat Jin Wei yang sebelum ini pernah umum persaraan atas kecederaan yang pernah dialaminya namun semangat dalam diri anak jati kelahiran Bukit Martajam, Penang ini tidak boleh disangkal lagi sehingga dia berjaya membuat penampilan di pentas Olimpik.
Jin Wei telah menjalani pembedahan membuang sebahagian usus pada tahun 2019, menyebabkan dia umum persaraan pada usia 21 tahun, namun oleh sebab cintanya kepada sukan badminton, she’s back!
Jin Wei meneruskan perjuangan tanpa jurulatih di sisi Nova Armada susulan kuota kad akreditasi yang terhad. Kebanyakkan perkara diselesaikan sendiri termasuk latihan dan pergerakan ke Paris. Menyentuh hati ramai rakyat Malaysia kerana dia masih mampu melakar kejayaan pertama tanpa jurulatih.
Dan apa yang pasti momen indah antara tarikan dan viral di media sosial juga turut menjadi tumpuan apabila lawan Jin Wei Johanita Scholtz bergegas untuk mengambil gambar bersamanya seusai perlawanan.
Selain apa yang perlu diingati adalah corak permainannya yang bermain mati-matian berdepan Kim Ga Eun akan kekal berlegar dalam setiap penyokong Malaysia.
Selamat pulang ke bumi Malaysia, dan come back stronger cutie! <3