Paris 2024: Sudah terbiasa pikul tanggungjawab bawa nama Malaysia -- Aaron Chia

Najmi Iman
August 1, 2024 01:47 MYT
Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menyingkirkan gandingan pilihan ketiga dari India, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty, dalam aksi suku akhir paling epik Sukan Olimpik Paris 2024 di Porte de La Chapelle Arena.
Ketika turun berdepan gandingan nombor tiga dunia itu, Aaron Chia mendedahkan bahawa mereka berdua akan bermain seperti 'nothing to lose' selain tetap memberika saingan sengit sepanjang permainan berlangsung.
"Perlawanan seakan berjalan terlalu pantas sambil ia merupakan tekanan yang berat buat kami," kata Aaron Chia.

Not the time to come home yet boys ? Sebab……..?#KitaSemuaTeamMAS @ASTROARENA pic.twitter.com/b6aVIm7Wq0

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) August 1, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sewaktu bermain menentang beregu nombor satu India itu, kami mengakui banyak melakukan kesilapan namun, kami tetap mencuba untuk memecahkan kebuntuan selepas tewas dalam tiga penampilan terakhir tatkala kami sudah mendapatkan rentak yang sepatutnya untuk mencerahkan peluang di set terakhir," kata Soh Wooi Yik
"Kami sudah memikul tanggungjawab dan beban ini sejak dari dulu lagi, semestinya kami sudah terbiasa dan perlu menghadapinya dan mempercayai antara satu sama lain," tambah Aaron Chia.
#badminton #Malaysia #Aaron Chia-Soh Wooi Yik #Sukan Olimpik Paris 2024
;