Wakil tunggal perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei, mengelak kuasa besar di peringkat Kumpulan H.

Dalam satu majlis undian Sukan Olimpik Paris 2024 di Ibu Pejabat Kesatuan Badminton Dunia (BWF), Kuala Lumpur, sebentar tadi itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli, tampil dalam cabutan undian ketiga kategori berkenaan yang menyaksikan Jin Wei bakal berdepan wakil dari Korea Selatan, Kim Ga-Eun, yang menduduki ranking ke-17 dunia.

Selain itu, Johanita Scholtz dari Afrika Selatan turut menjadi halangan bagi perebutan selaku juara kumpulan dalam misi melayakkan diri ke pusingan ke-16 tatkala kempen di Porte de la Chapelle Arena itu bermula 27 Julai ini.

Selamat maju jaya Goh Jin Wei!