Menjelang acara badminton di Sukan Olimpik Paris yang akan berlangsung pada 27 Julai hingga 5 Ogos nanti, Ong Ewe Hock, selaku olimpian dua kali negara meluahkan pendapat bahawa ini bukan lagi masanya untuk memikirkan cara memperoleh kemenangan demi kemenangan.

Sebaliknya, dua kali olimpian negara itu menegaskan bahawa inilah medan sebenar perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menyerap aura suasana di gelanggang demi merangkul emas pertama negara.





Tiada lagi alasan, atau cubaan -- perang psikologi harus dimainkan sebaik menjejak kaki ke bumi Paris.

Andai Zii Jia terus pasang mentaliti sang juara dan berjaya mengekalkan tahap mental terbaik, tiada yang mustahil buat dia menggapai emas pertama yang diimpikan seluruh rakyat Malaysia.

"Kita boleh nampak penyokong-penyokong dari seluruh dunia, terutamanya dari Paris kita boleh nampak mereka sama dengan Eropah mereka akan lebih telus kerana siapa yang main bagus nmereka akan tepuk tangan.

"Berbeza dengan Asia sebab akan lebih fanatik kepada siapa yang mereka minat walaupun anda main tidak bagus tetapi sebab bermain di laman sendiri anda akan kekal disokong atau anda akan jerit dan lemahkan semangat lawan untuk mereka koyak.

"Dari situ kita nampak dia (Lee Zii Jia) harus selesa dengan dia punya gaya permainan dan bila ada peluang kena dapatkan peluang itu dan menang." Katanya.