Paris 2024: Lee Zii Jia mahu jumpa Lebron James tapi...

Saufi Tahir
July 25, 2024 20:33 MYT
Sukan Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, diberikan penghormatan mengibarkan jalur gemilang buat kontinjen negara.
Tetapi untuk Paris 2024, dia berkemungkinan besar terpaksa melupakan upacara perasmian gilang gemilang temasya ini, meskipun bakal dimeriahkan oleh salah seorang ikon bola keranjang global, Lebron James, yang diangkat sebagai pembawa bendera buat Amerika Syarikat.

Surprise @TeamLZJ ? Looking forward to meet the rest of #BadmintonMalaysia here in #Paris2024 Thanks to my @ASTROARENA partner in arms ? @mohdnizamb for capturing my own #OlympicGames moment ?#KitaSemuaTeamMAS pic.twitter.com/5nuAunwWOT

— Shahrazad Sani (@shahrazadsani) July 25, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Buat masa ini, misi memburu pingat lebih menjadi keutamaan buat Zii Jia yang dijadualkan beraksi pada 28 Julai ini ketika upacara perasmian dijadualkan berlangsung pada awal pagi 27 Julai waktu Malaysia.
Meskipun dia tidak diberikan kuota untuk berlatih di gelanggang utama venue rasmi temasya pada Khamis, dia tetap menerima undangan daripada bekas juara dunia dari Singapura, Loh Kean Yew, untuk berlatih bersama.
"Saya ingin mengikuti upacara perasmian kerana saya dengar Lebron James juga sebagai pembawa bendera tetapi kami di kem badminton tidak pasti jika dapat pergi kerana jadual perlawanan kami sehari selepas upacara itu." katanya kepada Nadi Arena.
#badminton #LeBron James #Lee Zii Jia #Paris 2024