Paris 2024: Lee Zii Jia enggan beri komen, hanya lambaian terakhir di KLIA

Saufi Tahir
July 22, 2024 19:52 MYT
Menjelang lima hari sebelum saingan kumpulan bagi sukan badminton Sukan Olimpik Paris bermula, Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, mengambil keputusan untuk tidak ditemu bual sebelum berlepas ke Paris, di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA), semalam.
Dia muncul wakil keenam negara yang berlepas ke sukan berprestij itu dan akan melengkapkan skuad badminton negara bagi memulakan perjuangan memburu pingat buat kontinjen Malaysia selepas sekumpulan besar pasukan badminton telah berlepas pada 14 Julai lalu.

Perseorangan negara, Lee Zii Jia bersama jurulatihnya Wong Tat Meng tiba di KLIA untuk berangkat ke Paris malam ini. Goodluck and all the best, Zii Jia! ????@ASTROARENA pic.twitter.com/nowC4MFrrC

— Fatin Ruzaiman (@fateenshazwani) July 21, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Zii jia bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kepada media susulan perlu mengekalkan fokusnya menghadapi cabaran sebenar di paris nanti.
Dalam penampilan terakhir di Sukan Olimpik, pemain kelahiran Kedah itu tersingkir dalam saingan pusingan 16 acara perseorangan lelaki selepas teas kepada wakil dari China, Chen Long 21-8, 19-21,5-21 di Musashino Forest Sport Plaza, Tokyo.
#badminton #Lee Zii Jia #Paris 2024