Paris 2024: Goh V Shem pesan Zii Jia ketepikan kritikan di media sosial

Saufi Tahir
July 11, 2024 18:52 MYT
Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016, Goh V Shem, menitipkan pesanan berguna kepada pemain negara agar bertindak bijak dalam menggunakan laman media sosial peribadi masing-masing.
Sekiranya mental pemain tidak kuat, bahana bakal menimpa terutama ketika pemain sedang berada dalam momentum terbaik untuk meraih kemenangan demi kemenangan.
Dia yakin sandaran kem badminton kebangsaan pada saat-saat akhir kini bakal terarah kepada perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia, dan pemenang pingat gangsa Sukan olimpik Tokyo 2020, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, menjelang temasya Sukan Olimpik Paris 2024 bulan ini.

RESULTS: #ThailandOpen2024 FINAL#MAS?? Lee Zii Jia(6) def. #HKG?? Angus Ng Ka Long 21-11 21-10 TAHNIAH! The 2022 champion reclaimed his crown in style with a win over world No. 27 Angus! Congrats Jia! Let’s keep the momentum going in Axiata Arena next week for… pic.twitter.com/NDshfCpDke

— BAM (@BA_Malaysia) May 19, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, andai diberikan pilihan siapa yang akan merangkul emas pertama negara, V Shem memberikan bayangan bahawa Zii Jia lebih mempunyai kredibiliti merangkul butiran bersejarah itu.
"Untuk wakil perseorangan, saya percaya dengan Lee Zii Jia cuma dia perlu kekalkan konfiden ketika bermain dan tanpa tekanan. Saya harap dia dapat meraih pingat kali ini.
"Jika mendapat komen yang baik perlu simpan, jika negatif perlu lupakan serta mengawal mental kerana akan menghukum diri sendiri." kata V Shem.
Sementara itu, jurulatih profesional, Rosman Razak, pula memberi gambaran kem badminton negara semakin hampir dengan pingat emas pertama yang dinanti-nantikan seluruh rakyat Malaysia, menerusi Aaron-Wooi Yik serta Zii jia.
"Saya semua orang berpeluang raih pingat di Olimpik, semua pemain buat persediaan dengan baik dalam kem Malaysia. Jurulatih buat yang terbaik untuk sediakan mereka untuk kejohanan Olimpik Paris nanti." kata Rosman Razak.
#badminton #Goh V Shem #Lee Zii Jia #Paris 2024