Paris 2024: Goh Jin Wei miliki sokongan penuh, mahu orang ramai hormati privasi
Najmi Iman
July 23, 2024 19:09 MYT
July 23, 2024 19:09 MYT
Keberangkatan perseorangan profesional wanita negara, Goh Jin Wei, ke Sukan Olimpik Paris 2024 memiliki sistem sokongan penuh meskipun tampak seperti berjuang keseorangan.
Seperti sedia maklum, pemain berusia 24 tahun itu akan berada di bawah pemantauan Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky, selain turut berhubung pengurusnya, Nova Armada, yang kekal di tanah air bagi memberi perhatian mengenai persiapan pemain Paralimpik, Cheah Liek Hou.
Sebagai rekod, pemain bertubuh kecil itu akan melakukan penampilan pertamanya di pentas tertiggi itu tatkala diundi dalam Kumpulan H bersama Kim Ga Eun (Korea Selatan) dan Johanita Scholtz (Afrika Selatan).
Nova Armada tampil memberi penjelasan terkini berikutan ruang privasi yang diminta oleh Jin Wei dan keluarganya untuk terus komited memburu slot tunggal ke pusingan kalah mati.
"Dia menunjukkan keazaman yang tinggi ketika sesi latihan.
"Walaupun sasaran untuk melepasi peringkat suku akhir namun, kita harus menumpukan sepenuh perhatian terlebih dahulu di peringkat kumpulan dan dia sudah bersedia sepenuhnya.