Legenda hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi, menamakan prospek atlet untuk menjelmakan kilauan pingat emas pertama negara di Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan bermula Khamis ini.

Datuk Azizulhasi Awang dilihat sebagai pilihan utama untuk merealisasikan impian negara tatkala bakal membuat penampilan kelima di temasya tertinggi itu menerusi acara kegemarannya, keirin.

Menurut Ahli Jawatankuasa Road to Gold (RTG) tersebut, atlet berbasikal itu mempunyai pengalaman yang luas serta serba lengkap bagi membawa misi terulung tanah air itu.

Selain itu, turut berada dalam fikirannya ialah badang negara, Aniq Kasdan, yang mencipta sensasi ketika di Sukan Komanwel Birmingham untuk berada di kedudukan podium.

"Saya melihat Datuk Azizulhasni Awang mempunyai mentaliti yang kuat dan mempunyai persiapan yang besar selain Aniq Kasdan yang boleh mencipta kejutan walaupun digelar 'underdog'.

Dalam masa sama, Olimpian negara, Noraseela Khalid, mengingatkan wakil tunggal olahraga negara, Azeem Fahmi, untuk tidak terlalu memikirkan sasarannya untuk melakukan catatan bawah 10s dalam acara riben biru.

"Secara realitiknya ialah Azeem perlu melakuan yang terbaik dan tidak perlu terburu-buru untuk memikirkan catatan terbaik sambil meraih pengalaman berharga di sana.