Para Sukma Sarawak: Kontinjen Sarawak mahu jadikan olahraga lubuk emas

Saufi Tahir
September 13, 2024 20:08 MYT
Edisi lalu Sarawak dinafikan gelaran juara selepas Sabah berkelebihan lima pingat emas menjadikan sasaran kejuaraan kontinjen Bujang Senang kali ke-14 terhenti seketika.
Dalam penganjuran kali ini, Ameer Idzat Siros, nekad untuk melenyapkan kelebihan Sabah dengan menjadikan acara olahraga sebagai medan terbaik untuk menghimpunkan kutipan emas terbanyak daripada 10 acara yang akan dipertandingkan di temasya Para Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2024 nanti.
Kutipan 30 pingat emas daripada acara olahraga ialah sasaran yang besar namun pada Ameer tiada alasan untuk setiap atlet realisasikan sasaran itu memandangkan kelebihan beraksi di tempat sendiri mampu memberikan impak berkesan pada hari perlawanan nanti
"Seperti yang kita tahu Sarawak telah 13 kali juara cuma tahun lepas tewas kepada Sabah, sedikit masalah teknikal jadi kali ini kita akan beri sehabis baik untuk menang kembali.
Seramai tiga atlet para dari Majlis Sukan Negara (MSN) turut dipanggil pulang bagi memperkuatkan kontinjen Sarawak dalam mengejar misi juara keseluruhan kali ke14 untuk temasya kali ini.
"Olahraga kita sasarkan 30 pingat emas dan antara yang terbanyak berbanding acara lain. Setakat ini tiga orang telah dipanggil, dan telah buat latihan pusat selama dua bulan." katanya kepada Nadi Arena.
#Sarawak #MSSM #Kejohanan Olahraga MSSM
;