Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mendedahkan bahawa dia pernah dianggap gila oleh jirannya kerana bermain badminton dengan dinding.

Dalam perkongsian di laman sosial peribadinya, Chong Wei turut mendedahkan bahawa dia penah bermain bola keranjang sehingga ke peringkat negeri di Pulau Pinang.

"Saya ketika itu main bola keranjang sehingga mewakili Pulau Pinang," katanya mengimbau perkara itu.

"Tetapi saya mengikut saranan bapa saya untuk hanya fokus kepada satu sukan, iaitu badminton.

"Satu hari, jiran sebelah rumah saya pulang. Dia berkata kepada bapa saya: 'Encik Lee, anak awak ada masalah (mental) ke? Dia setiap kali balik sekolah main (badminton) dengan dinding sahaja sampai satu hari, esok dia akan main dinding lagi.'

"Kerana tiada orang nak lawan saya, jadi saya main dengan dinding sahajalah.

"Sehingga ketika berlatih bersama jurulatih Misbun, latihan bermula dalam jam 5.30 atau 6 pagi, jadi sebelum memulakan latihan memang saya akan bermain dengan dinding.

"bermain dengan dinding melatih mata dan pergerakan kita agar lebih pantas," katanya.

A post shared by Datuk Wira Lee Chong Wei (@leechongweiofficial)