Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria, menegaskan bahawa sekarang bukan masa yang sesuai untuk mengeluarkan kritikan negatif terhadap badan sukan itu mengenai peranannya dalam penyertaan ke Sukan Olimpik Tokyo, Julai depan.
Beliau berkata dengan ancaman wabak COVID-19 yang telah menjejaskan program latihan atlet dan jadual acara sukan hampir di seluruh dunia, lebih baik jika pihaknya diberi pandangan atau kritikan konstruktif.
Merujuk kepada kritikan bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Seri Zolkples Embong, yang mempersoalkan tindakan MOM menyatakan sokongan untuk meneruskan Sukan Olimpik, Mohamad Norza berkata ia bukan masa untuk mencari publisiti.
“Kita perlu faham bahawa fungsi MOM, yang mempunyai hak dalam pemilihan atlet ke temasya sukan. Keputusan penganjuran Sukan Olimpik adalah hak Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) dan kami sebagai ahli gabungan IOC menghormati keputusan mereka dan tidak patut masuk campur hak orang lain.
“Sebab itu semua negara beri kepercayaan kepada IOC untuk meneruskan penganjuran. Sudah pasti keselamatan dan kesihatan atlet dan pegawai kita menjadi keutamaan MOM. Sekiranya keadaan tidak pulih dan membawa risiko kepada keselamatan atlet, kita tidak mungkin akan menyertai Olimpik.
“Tetapi apa jua keputusan kami akan putuskan selepas perbincangan dengan pemegang berkepentingan iaitu Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN),” katanya.
MOM sebelum ini bersetuju untuk meneruskan Sukan Olimpik seperti yang dijadualkan bermula 24 Julai hingga 9 Ogos depan ketika persidangan video bersama IOC dengan semua 45 Jawatankuasa Olimpik Nasional di Asia.
Mohamad Norza berkata Presiden IOC, Thomas Bach, menyatakan bahawa pelan untuk menangguhkan atau membatalkan Sukan Olimpik tiada dalam perancangan mereka.
Mohamad Norza berkata apa yang menjadi kerisauan MOM sebelum ini ialah hanya 12 atlet negara yang telah layak ke temasya terbesar dunia itu tetapi IOC berkata akan membuat perubahan dalam sistem kelayakan.
Beliau berkata MOM menjangkakan di antara 30 hingga 32 atlet negara akan beraksi di pentas Sukan Olimpik dalam usaha merealisasikan misi memburu emas pertama negara.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 21 2020


Sukan Asia Hangzhou: Norza yakin kontinjen negara mulakan misi dengan langkah kanan
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, yakin kontinjen negara mampu memulakan misi pemburuan 27 pingat dalam Sukan Asia Hangzhou dengan langkah kanan.

Sukan Asia Hangzhou: Tanam mentaliti menang di bumi China, kata presiden MOM
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, mahu barisan atlet negara menerapkan mentaliti kemenangan apabila berkunjung ke bumi China bagi Sukan Asia Hangzhou 2022 bermula hujung bulan ini.

Chong Wei akui terguris kemelut melanda BAM-Misbun
Legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, mengakui terguris dengan kemelut yang melanda bekas jurulatihnya, Datuk Misbun Sidek, dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)

BAM tawar Misbun kembali berkhidmat hingga tamat kontrak urai kemelut salah faham
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, menjelaskan kemelut yang melanda persatuan itu dengan bekas Pengarah Pembangunan Perseorangan Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM), Datuk Misbun Sidek, adalah disebabkan salah faham dan bersedia menawarkan jurulatih legenda itu untuk kembali berkhidmat sehingga kontraknya tamat

Badminton: Norza Zakaria letak jawatan Presiden BAM selepas Sukan Olimpik Paris 2024
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, mengumumkan bahawa dia akan melepaskan jawatan itu selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024.

Norza Zakaria dilantik Ahli Lembaga Eksekutif OCA
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr Mohamad Norza Zakaria, meluahkan keterujaan untuk menabur bakti dalam pergerakan Olimpik di peringkat benua selepas dilantik menduduki Lembaga Eksekutif Majlis Olimpik Asia (OCA).

Sukan Olimpik Paris: Norza jawab pertikaian mengenai hala tuju Program RTG
Buru emas pertama negara atau sekadar layak ke Sukan Olimpik Paris 2024? Itu persoalan utama yang timbul mengenai tujuan asal Program Road to Gold (RTG).

Badminton: Nur Izzuddin-Sze Fei sah kembali bergandingan
Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Tan Sri Norza Zakaria, hari ini mengesahkan bahawa Nur Izzuddin Rumsani dan Goh Sze Fei akan kembali bergandingan demi mengejar kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024.

Sukan Olimpik Paris: Sembilan atlet dalam senarai awal Program Gold Paris 2024
Jaguh berbasikal trek, Datuk Azizulhasni Awang, dan jaguh badminton, Lee Zii Jia, antara sembilan atlet yang tersenarai awal dalam Program Gold Paris 2024 menjelang Sukan Olimpik Paris.

Persatuan sukan perlu berani pertaruh atlet muda -- Norza Zakaria
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Norza Zakaria, menuntut agar persatuan sukan kebangsaan untuk lebih berani mengetengahkan atlet muda dalam temasya sukan besar.

Sione Tuipulotu has ‘lot of love’ for Tonga but focus is on getting Scotland win
Tuipulotu’s father Fohe is Tonga.

Rudi Garcia says Napoli ‘need to be more effective’ ahead of Bologna clash
A 2-1 midweek Champions League triumph at Braga has done little to sway the detractors of Garcia’s system.

No margin for error in Tonga clash – Scotland talking points
Kyle Steyn and Lions duo Rory Sutherland and Chris Harris are back in the XV as their side look to bounce back from defeat to South Africa.

Lautaro Martinez says Inter need to ‘raise their level’ against Empoli
The Nerazzurri’s winning streak ended with a midweek Champions League draw against Real Sociedad.

Scotland goal came from World Cup routine – Lucy Bronze
The defender opened the scoring in the Nations League clash as England won a tight game 2-1.

Antoine Dupont has surgery as France captain’s World Cup remains in the balance
Les Blues face an anxious wait as their captain begins his recovery process.

Ange Postecoglou says Tottenham will play on the front foot against Arsenal
Spurs have lost their last three games at the Emirates but also showed an underwhelming lack of attacking imagination.

It is real – Lewis Hamilton amazed by ‘huge’ gap to Max Verstappen and Red Bull
Verstappen hit back in style in qualifying for the Japanese Grand Prix after seeing his record 10-race winning run end in Singapore.

Mikel Arteta relishing ‘special rivalry’ as in-form Arsenal and Spurs do battle
Both the Gunners and Tottenham are unbeaten in the Premier League ahead of their derby-day clash.

Wales’ destiny in their own hands – 5 talking points ahead of Australia showdown
Warren Gatland’s side are chasing a quarter-final prize for a fourth World Cup in succession.