NEGERI SEMBILAN 3 KELANTAN UNITED 3
Dua pemain gantian menjadi penyelamat maruah Negeri Sembilan FC yang membuatkan Kelantan United gigit jari untuk merakamkan kemenangan sulung Liga Super 2023.
Kealpaan di barisan pertahanan hampir memakan diri tuan rumah dalam pertembungan yang berakhir 3-3 di Paroi, sebentar tadi, itu yang menyaksikan Oj Porteria dan Syazwan Zainon merobek gawang skuad Jang dalam tempoh 32 minit permainan sebelum tampanan Shahrel Fikri Fauzi mengurangkan defisit gol, sembilan minit menuju tamat babak pertama.
Namun, tambahan tiga gol terhasil dalam fasa terakhir 20 minit perlawanan apabila Hafiz Ramdan mengikat kedudukan 2-2.
Tetapi sepakan penalti Indra Putra Mahayuddin -- jaringan ke-104 Liga Super -- selepas kekasaran Safuwan Baharudin yang menarik Devid De Santana Silva kembali meletakkan Kijang Emas di laluan kemenangan.
Begitupun, Filemon Anyie meranapkan segala harapan pelawat untuk melakar kemenangan musim ini apabila lambungannya dari sayap kanan melemaskan penjaga gol, Asyraaf Omar, di hujung penjuru pintu golnya selepas seminit melewati peruntukkan tambahan masa selama empat minit.
Dengan itu, Kelantan United kekal menghuni tangga tercorot Liga Super selepas selesai pusingan pertama.
"Inilah bola sepak. Kadangkala kita kena terima dengan semua detik. Tak sangka bola itu masuk (gol ketiga Negeri Sembilan).
"Saya tidak mahu salahkan sesiapa.
"Kami cuma kurang fokus tetapi saya hargai komitmen 200 peratus pemain-pemain," kata jurulatih sementara Kelantan United, Nazrulerwan Makmor.
Menurut ketua jurulatih Negeri Sembilan, K. Devan: "Bagi saya ini bukanlah prestasi sebenar kami.
"Kami membuat pertukaran yang boleh menggandakan serangan, dua pemain ini boleh menghasilkan gol dan ia untuk kebaikan pemain tersebut."
Sementara itu, Kelantan FC menjadi belasahan membabitkan tiga pemain import PDRM FC selain jaringan Nabil Ahmad Latpi apabila tewas 1-4.
Sabah pula mengecapi kemenangan selesa 3-1 dengan tiga jaringan diledak dalam separuh masa pertama menerusi Darren Lok (m-4), Park Tae-su (m-32) dan Baddrol Bakhtiar (m-41), manakala gol sagu hati Perak FC dijelmakan oleh Harith Naem.
Shaiful Shamsudin
Tue May 23 2023


Liga Super: Selangor FC mungkin terlepas khidmat Yazan
Juara 33 kali Piala Malaysia, Selangor FC berkemungkinan terlepas khidmat pemain import Yazan Al-Arab dalam mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sabah dapat tonik Piala Malaysia, Piala AFC di Brunei
Sabah FC tetap tampil garang tanpa beberapa tonggak utama yang mendapat panggilan semboyan negara Harimau Malaya apabila menjinakkan Brunei Darussalam 3-1 dalam perlawanan persahabatan di Kompleks Sukan Hassanal Bolkiah pada Rabu.

Liga Super: Kuching City buru mata penuh di laman Kelantan United
Ketua jurulatih Kuching City, Aidil Sharin Sahak, menegaskan pasukannya bakal turun dengan misi wajib menang ketika berdepan Kelantan United, malam esok.

Liga M3: Azim Rahim hampiri 20 gol buat Imigresen FC
Penggempur utama Imigresen FC, Abdul Azim Rahim, mengakui lega dapat membantu kelab Liga M3 itu meraih tiga mata berharga ketika berdepan PIB Shah Alam di Serdang, hari ini.

Pelaksanaan VAR perlu persediaan rapi
Sistem video bantuan pengadil (VAR) akan dilaksanakan dalam Liga Malaysia (Liga-M) hanya setelah segala persiapan rapi selesai dilakukan bagi penggunaan teknologi tersebut.

Liga Super: KL City tak sangka ledak empat gol di Ipoh
Kuala Lumpur (KL) City FC mengakhiri kemarau kemenangan dua perlawanan Liga Super dengan membelasah Perak FC, 4-0 di Stadium Perak, Ahad lalu.

Kuala Lumpur City beri Perak FC gambaran sebenar -- Yusri
Pengendali Perak FC, Yusri Che Lah, sukar menerima kekalahan besar kepada Kuala Lumpur (KL) City FC ketika pasukannya memerlukan mata untuk terus kekal bersaingan dalam Liga Super.

Rekod tanpa kalah JDT masih bersih
Ketinggalan dua jaringan kepada bekas juara Liga Super sebanyak tiga kali, Kedah Darul Aman FC tidak mematikan semangat pemain-pemain Johor Darul Ta’zim yang juga merupakan juara bertahan Liga Super sebanyak sembilan kali berturut-turut sebaliknya mereka bangkit untuk mencari jaringan penyamaan akhirnya berjaya dilakukan Corbin Ong dan Heberty Fern

Liga Super: KL City kutip mata penuh di Ipoh
Bermain di hadapan lebih 6,000 penyokong tidak langsung memberi kelebihan buat pasukan Perak FC apabila dibelasah 4-0 di tangan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam saingan Liga Super di Stadium Perak di Ipoh pada Ahad.

Liga Super: Ifwat akui puas bantu Kedah sekat kemenangan JDT
Penjaga gol Kedah Darul Aman, Ifwat Akmal Chek Kassim, mengakui puas apabila berjaya membantu pasukannya meraih satu mata berharga berdepan Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super semalam.

Sheffield United postpone Women’s Championship game after death of Maddy Cusack
United were due to face Crystal Palace on Saturday.

Leicester still have Premier League quality – Liverpool assistant Pep Lijnders
The Championship leaders, relegated last season, visit Anfield for a Carabao Cup third-round tie.

Bukayo Saka an injury concern for Arsenal’s trip to Bournemouth
The England winger limped off late in the north London derby to be replaced by Emile Smith Rowe.

Mauricio Pochettino fine with Blues owners visiting dressing room ‘in good way’
The Argentinian has repeatedly insisted his relationship with the Chelsea ownership remains strong despite a rocky start to his reign.

Under-pressure Napoli boss Rudi Garcia misses pre-match duties against Udinese
The Partenopei welcome Udinese to the Stadio Diego Armando Maradona with criticism mounting.

Claudio Ranieri wants Cagliari to play without fear against AC Milan
Defeat at Atalanta on Sunday was a third in five league games for Ranieri’s side, who sit second bottom of the table.

England win ODI series against Ireland after play is abandoned at Bristol
Ben Duckett had scored a century and Phil Salt 61 off just 28 balls before rain stopped play.

From Elie to Nice – Johnny Matthews buzzing after joining Scotland squad
The 30-year-old was enjoying a day out in the Fife coastal town of Elie when assistant coach John Dalziel phoned to tell him his services were needed.

Duncan Ferguson relishing return to Scottish football after almost three decades
Stirling-born Ferguson has signed a three-year contract with Caley Thistle, returning to his homeland 29 years after leaving Ibrox for Everton,

‘Upset and angry’ Real Madrid look to get back on track after derby defeat
Real host Las Palmas on Wednesday.