TOT UNITED 4 KUALA LUMPUR 1

Selangor TOT United membuka kempen Liga Futsal Perdana Malaysia (MPFL) 2023 dengan catatan positif dengan menjinakkan Kuala Lumpur 4-1 dalam pertembungan Kumpulan B di Shah Alam, sebentar tadi.


TOT United terlebih dahulu memecah kebuntuan perlawanan apabila ketua pasukan, Yazid Kamaruzuan, melakukan rembatan kaki kiri untuk menewaskan merobek gawang yang dikawal Anas Shafee.

Namun, Kuala Lumpur tidak perlu menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Irsyad Ruzain Zamri tiada masalah untuk menyempurnakan sepakan penalti selepas rakan sepasukannya dikasari pada minit ke-10.

Tersentak dengan gol penyamaan itu, TOT United bingkas bangkit untuk mencipta gol kedua 2 minit kemudian menerusi pemain import, Helio Neto, dengan penyudah kaki kanan.

Gol ketiga menjelma buat TOT United menjelma pada minit ke-18 menerusi lagi satu pemain import, Phukan Dongdang.

Yazid menambah lagi derita Kuala Lumpur selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol untuk jaringan yang keempat buat pasukannya.



SHAH ALAM CITY 8 KL CITY 5

Sementara itu, Shah Alam City dipaksa mengerah keringat sebelum mengetepikan cabaran KL City 8-5.

Lapan jaringan dicetak dalam separuh masa pertama sahaja di sebalik Hazreen Ali memberikan KL City gol pendahuluan.




Kedua-dua pasukan saling menghambat kedudukan dengan KL Cit menerajui permainan, untuk separuh masa pertama seimbang 4-4.

Tetapi dalam baki babak permainan, pemain Shah Alam City turun dengan semangat baru untuk menghasilkan empat gol lagi sebelum melepaskan satu jaringan.