Sekembalinya saingan Liga Perdana Futsal Malaysia (MPFL) hujung minggu ini selepas rehat panjang -- ianya menjadi titik tolak kebangkitan Selangor TOT apabila pasukan yang menghuni tangga keempat Kumpulan B itu bakal membawa masuk kudrat pemain import dari Jepun, Hirata pada jendela perpindahan kedua bulan hadapan.

Keputusan itu diambil atas dasar, Selangor TOT sekadar mampu meledak 12 gol daripada empat aksi.

Sedar situasi itu harus berubah apatah lagi, derbi Selangor menanti mereka -- Helio Neto terpanggil menyeru rakan sepasukan untuk tampil lebih klinikal bertemu juara bertahan itu.

Biarpun Neto seringkali menjadi penyelamat maruah Selangor TOT menerusi kelincahannya -- namun pemain import kelahiran Brazil itu berasakan ianya sukar buat dirinya mengulangi aksi memukau itu tanpa bantuan rakan sepasukan.

"Saya sangat gembira namun saya seorang tidak cukup untuk membantu pasukan mendapatkan kemenangan. Saya percaya kami mampu melakukan lebih banyak lagi," kata Neto.

"Perkara paling penting adalah jaringan kerana ia menjaminkan kemenangan

"Kami menyedari Selangor MAC adalah juara bertahan dan saya percaya dengan kejayaan pasukan mengatasi JDT dalam aksi sebelum ini, kami mampu mendapatkan kemenangan bertemu mereka."