MotoGP Malaysia: SuperKIP, Helmi dambakan litar basah

Shaiful Shamsudin
October 31, 2024 21:12 MYT
24 jam lagi sebelum MotoGP Malaysia 2024 membuka tirai dengan tumpuan pastinya kembali terarah kepada pelumba Petronas MIE Racing Team, Khairul Idham Pawi, yang berharap Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dalam keadaan basah, hujung minggu ini.
SuperKIP mengharapkan sokongan daripada peminat dan rakyat Malaysia agar ia menjadi tonik tambahan baginya menghadapi perlumbaan kategori Moto2 itu.
"Saya tiada jangkaan di sini sebaliknya saya akan mencuba sehabis baik kerana penggunaan jentera berbeza berbanding di tempat lain.
"Kepada semua peminat sukan permotoran negara, jangan lupa datang untuk memberi sokongan kepada saya dan Helmi. Kami akan lakukan yang terbaik, hujung minggu ini," kata Khairul Idham Pawi.
Sementara itu, seorang lagi harapan negara, Helmi Azman, turut berjanji memberi saingan sengit kepada pelumba-pelumba bertaraf dunia dalam perlumbaan kali ini.
Helmi juga menginginkan perlumbaan berlangsung dalam litar basah sambil mengakui memiliki kelebihan untuk merencana taktikal bagi setidak-tidaknya melakukan pintasan di setiap selekoh.
"Saya tiada sasaran yang besar sambil mengharapkan cuaca hujan kerana saya mempunyai sedikit kelebihan.
"Saya ingin mengucapkan terima kasih Petronas yang memberi peluang untuk saya berada di sini," kata Helmi Azman.
#motoGP #Permotoran #. #Khairul Idham Pawi #Helmi Azman
;