Ammar Hakim
Wed Dec 27 2023
Penyokong menerusi X mengutuk Cristiano Ronaldo kerana menjaringkan dua gol menerusi sepakan penalti ketika pertembungan Al-Nassr dengan Al-Ittihad.
Ikon Portugal itu menginspirasikan kemenangan 5-2 Al-Nassr ke atas juara bertahan Liga Pro Saudi ketika bertandang di tempat lawan awal pagi tadi.
Ronaldo menemui jaringan pada minit ke-11 namun dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid. Abderrazak Hamdallah kemudian memberikan tuan rumah gol pendahuluan tiga minit kemudian mengatasi Nawaf Alaqidi.
Al-Nassr diberikan penalti pada minit ke-17 selepas Otavio dijatuhkan di dalam kotak penalti, Cristiano Ronaldo menggunakan kesempatan itu untuk menyamakan kedudukan. Pemenang Ballon d'Or lima kali itu kemudian menggegar palang pada minit ke-22.
Anderson Talisca menjadikan kedudukan 2-1 16 minit kemudian sebelum Hamdallah menyamakan kedudukan dalam separuh masa kedua. Karim Benzema membazirkan peluang seminit kemudian untuk kembali meletak pasukannya di hadapan.
Al-Ittihad sekali lagi dihukum dengan penalti pada minit ke-66, dengan Fabinho diarah keluar padang kerana melakukan kekasaran terhadap Otavio. Cristiano Ronaldo sekali lagi menemui sasaran untuk meletak pasukannya dihadapan. Dua lagi gol daripada Sadio Mane memastikan kemenangan 5-2 buat pelawat.
Dua gol Ronaldo menyaksikan dia telah meledak 53 gol pada 2023, mengatasi Harry Kane sebagai penjaring gol terbanyak tahun ini.Bagaimanapun, ramai peminat mengejeknya kerana bergantung kepada sepakan penalti, dengan 15 daripada jumlah keseluruhannya hadir daripada sepakan penalti.
Seorang peminat menyiarkan di X, menuduh Liga Pro Saudi membantu Ronaldo memenangi Kasut Emas:
"Mereka mencuba segala-galanya untuk memberikan Ronaldo kasut emas. Dua gol penalti?? Biar betul!."
Cristiano Ronaldo bermotivasi tinggi teruskan karier
Cristiano Ronaldo tidak berhasrat untuk bersara memandangkan dia masih bermotivasi untuk bersaing dengan "singa muda".
Hatrik Cristiano Ronaldo belasah Al Wedha
Cristiano Ronaldo melakar hatrik ketika membantu Al Nassr membelasah Al Wedha 6-0 dalam pertemuan Liga Pro Saudi, awal pagi tadi.
Portugal boleh menang Euro 2024 jika Cristiano Ronaldo tidak bermain -- Frank Leboeuf
Pengkritik sukan terkenal, Frank Leboeuf, berasakan Portugal berpeluang untuk memenangi saingan Kejohanan Eropah 2024 (EURO) sekiranya beraksi di atas pandang tanpa kelibat Cristiano Ronaldo.
Mbappe ingatkan saya kepada Cristiano Ronaldo - Casemiro
Pemain tengah Manchester United, Casemiro, berasakan bakat yang ada pada pemain bintang Paris Saint Germain (PSG) mengingatkan dirinya kepada bekas rakan sepasukannya di Real Madrid, Cristiano Ronaldo dahulu.
Ronaldo digantung dua perlawanan kerana berkelakuan ganas
Cristiano Ronaldo telah digantung dua perlawanan kerana menyiku lawan dan mengancam untuk menyerang pengadil selepas Al Nassr tewas 1-2 kepada Al Hilal pada separuh akhir Piala Super Saudi.
Juventus kena bayar Ronaldo RM 42.1 juta
Juventus dikehendaki membayar Cristiano Ronaldo £8.3 juta (RM 42.1 juta) serta faedah dalam gaji yang terhutang apabila keputusan penghakiman memihak kepada Ronaldo.
Ronaldo hampir tumbuk pengadil selepas terima kad merah
Bintang Al Nassr, Cristiano Ronaldo, hampir menumbuk pengadil perlawanan selepas dilayangkan kad merah kerana tindakanya yang menyiku pasukan lawan dalam saingan separuh akhir Saudi Super Cup, awal pagi tadi.
Cristiano Ronaldo perli Erik Ten Hag?
Penuh luahan hati di media sosial oleh peminat Manchester United sejurus kekalahan The Red Devils di akhir minit perlawanan berdepan Chelsea dengan keputusan 3-4 baru-baru ini.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik lagi
Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik kedua dalam tempoh empat hari ketika Al-Nassr menumpaskan lawan Liga Pro Saudi, Abha 8-0.
Cristiano Ronaldo ledak hatrik ketika Al Nassr belasah Al-Tai
Cristiano Ronaldo menjaringkan hatrik pada separuh masa kedua ketika Al-Nassr menikmati kemenangan dominan 5-1 ke atas Al-Tai dalam Liga Pro Saudi.
NBA: Washington's late free throws send Mavericks to Western Conference finals
Mavericks reach Western finals
Guardiola: Foden can still get better after Player of the Year award
Phil Foden won the Premier League Player of the Year award on Saturday, but Pep Guardiola thinks there is still room for improvement.
PGA Championship: Lowry in contention with record-equalling round
Lowry plays historic third round
Guardiola: Other clubs have a chance to win the title against Man City
Pep: Other teams have chance in PL
Torino 3-1 Milan: Lacklustre Rossoneri stunned by Il Toro
Report: Torino 3-1 Milan
Hayes: This WSL title is the sweetest for Chelsea
Hayes: sweetest Chelsea title
IPL: RCB hold nerve to beat CSK to playoffs
IPL: RCB into play-offs
Piastri remaining optimistic despite grid penalty at Emilia Romagna Grand Prix
Piastri receives grid penalty
Emery admits 'I have my dreams' with Villa after sealing Champions League qualification
Emery: 'I have my dreams'
Leverkusen have no time to soak in 'Neverlusen' season - Alonso
Alonso: no time to soak in season