Masters Malaysia Super 100: Xin Yee jadikan Goh Jin Wei sebagai idola

Najmi Iman
October 15, 2024 20:41 MYT
Masters Malaysia Super 100 menyaksikan tumpuan terarah kepada perseorangan remaja wanita negara, Ong Xin Yee, selepas mencipta sensasi mara sehingga ke peringkat suku akhir pada Kejohanan Badminton Remaja Dunia 2024 di Nanchang, China.
Sejak dari awal permainan, Xin Yee telah berjaya menunjukkan mutu permainan yang baik apabila menguasai perlawanan dengan hantaran tepat ke segenap penjuru gelanggang.
Kelebihan tersebut dimanfaatkan oleh Xin Yee apabila meraih kemenangan straight set 21-15, 21-15, di samping menjadikan Olimpian negara, Goh Jin Wei, sebagai idolanya dalam sektor tersebut.
"Saya cuma bermain menggunakan kelemahan pemain lawan.
"Seperti Jin Wei, saya mengagumi semangat berjuangnya dan tidak mudah berputus asa, malah sentiasa memberikan sepenuhnya," katanya.
#badminton #Masters Malaysia Super 100 #Ong Xin Yee
;