Masters Malaysia: Shevon Lai tidak rela kecewakan sokongan padu penyokong tempatan

Lukman Salleh
May 26, 2024 12:24 MYT
Pemain beregu campuran negara, Shevon Lai, menyifatkan kejayaan merangkul kejuaraan badminton Masters Malaysia sebagai satu hadiah perkahwinan terbaik untuk dirinya serta suami yang juganya pasangannya di atas gelanggang, Goh Soon Huat.
"Daripada kekalahan pusingan pertama pada kejohanan di Thailand minggu lalu dan minggu ini ia sesuatu yang tidak dijangka apabila kami mampu raih kejuaraan," kata Shevon petang tadi.
"Tetapi kami saling percaya antara satu sama lain dan setiap rali kami terus beri kerjasama, Bagi saya ia satu anugerah buat kami."
Shevon dan Soon Huat menewaskan pasangan Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari 21-18, 21-19 dalam tempoh 48 minit untuk rangkul kejuaraan.
Faktor tidak mengecewakan peminat tempatan turut menjadi dorongan buat mereka dalam meraih kejayaan.
"Ada sedikit gementara ketika di set pertama dan kedua kerana dalam hati nak ambil kejuaraan ini untuk Malaysia," kata Shevon.

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 FINAL#MAS?? Goh Soon Huat-Shevon Lai(4) def. #INA?? Rinov Rivaldy-Pitha Mentari(3) 21-18 21-19Soon Huat-Shevon ends 7️⃣ year wait for a XD title at the Malaysian Masters! Congrats, newlyweds!#DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/f0uKFh6tlM

— BAM (@BA_Malaysia) May 26, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Penonton benar-benar beri sokongan padu pada kami dan kami tidak mahu mengecewakan mereka."
Sementara itu Soon Huat berkata mereka mahu mendapatkan khidmat seorang pakar fisio atau "masseur' dalam aspek pemulihan fizikal.
"Banyak kejohanan "back to back dan aspek pemulihan amat penting," kata Soon Huat" Kami akan cuba dapatkan seorang fisioterapi atau tukang urut untuk membantu kami."
#liga super #Liga-M #DemiLigaKita