Masters Malaysia: Leong Jun Hao lakar kemenangan bergaya

Najmi Iman
May 22, 2024 18:47 MYT
Bekas juara Kejohanan Remaja Asia, Leong Jun Hao, melakar kemenangan dramatik ke atas wakil dari China, Lei Lan Xi, sekali gus menggamit suasana di Stadium Axiata Arena, sebentar tadi.
Perlawanan yang berlangsung selama satu jam 21 minit itu menyaksikan Leong Jun Hao berjaya bangkit di set kedua selepas tewas di set pertama untuk mengheret perlawanan ke set ketiga sebagai perhitungan terakhir.

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 R32#MAS?? Leong Jun Hao def. #CHN?? Lei Lan Xi 13-21 23-21 21-12#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/4z6mooitm7

— BAM (@BA_Malaysia) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sikap tidak berputus asa yang ditonjolkan pemain berusia 24 tahun itu membuahkan hasil dan berjaya membawanya ke pusingan ke-16, pada esok hari.
#badminton #Leong Jun Hao #Masters Malaysia