Dua pemain perseorangan wanita negara, Goh Jin Wei dan Lee Ying Ying, mara ke suku akhir selepas menewaskan lawan masing-masing dalam pusingan kedua Kejohanan Badminton Masters Malaysia di Axiata Arena, Bukit Jalil, sebentar tadi.
Mereka, yang kini merupakan sandaran utama negara dalam acara perseorangan wanita selepas pemain lain seperti Soniia Cheah sudah tersingkir, berjaya menampilkan permainan meyakinkan biarpun berdepan lawan di ranking lebih tinggi.
Juara Remaja Dunia 2015, Jin Wei, yang turun lebih awal, bermain dengan penuh yakin menewaskan pemain Taiwan di ranking ke-27 dunia, Pai Yu Po, 21-11, 21-11.
Kecemerlangan Jin Wei diteruskan rakannya, Ying Ying, apabila menampilkan permainan kemas mengecewakan pemain ranking ke-14 dunia dari Jepun, Aya Ohori, 21-18, 17-21, 21-11.
“Saya rasa perlawanan hari ini lebih baik berbanding semalam. Saya melakukan persediaan rapi dengan mengkaji semula permainan lawan melalui video.
"Walaupun pernah satu kali memenangi perlawanan ketika bersaing sengit menentang lawan yang sama, namun hari ini mungkin saya lebih berjaya membaca kelemahannya,” kata Jin Wei.
Ditanya sama ada dia berasa tertekan kerana pemain utama negara seperti Datuk Lee Chong Wei sudah terkeluar, Jin Wei berkata: “Saya tidak rasa tertekan. Saya akan terus memberikan yang terbaik untuk menang.
"Walaupun saya bukan pilihan untuk bertemu Ratchanok Intanon dalam suku akhir esok, saya tetap akan memberikan tentangan sengit kepadanya,” ujar pemain itu selepas perlawanan.
Sementara itu, Ying Ying berkata: “Bagi saya, ini merupakan aksi di luar jangkaan saya. Saya rasa mungkin Ohori lebih tertekan berbanding saya. Jadi, saya bermain mengikut rentak yang saya mahukan.
“Dalam dua perlawanan awal saya sebelum ini, ia tidak memuaskan hati saya. Hari ini, saya macam tidak percaya dapat mempamerkan permainan yang sebegitu bagus.
"Ia adalah yang terbaik dan ibarat aksi seperti dalam Kejohanan Remaja Dunia pada 2015,” kata Ying Ying yang muncul naib juara remaja dunia pada 2015.
“Untuk aksi suku akhir nanti, saya akan terus memberikan yang baik, sama seperti hari ini. Tiada apa yang perlu dirisaukan dan difikirkan, cuma berikan sebaik mungkin,” tambah Ying Ying.
Selain itu, antara pemain negara yang menempah tiket ke suku akhir adalah beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong; beregu campuran, Tan Kian Meng- Lai Pei Jing, dan Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai.
Keputusan:
Beregu lelaki:
Goh V Shem-Tan Wee Kiong (MAS) mn Ong Yew Sin-Teo Ee Yi (MAS) 21-17 21-17
Perseorangan wanita:
Goh Jin Wei (MAS) mn Pai Yu Po (TPE) 21-11, 21-11
Lee Ying Ying (MAS) mn Aya Ohori (JPN) 21-18, 17-21, 21-11
Beregu wanita:
Tang Jinhua-Yu Xiaohan (CHN) mn Lim Yin Loo-Yap Cheng Wen (MAS) 21-14, 21-18.
Beregu campuran:
Goh Soon Huat-Shevon Jemie Lai (MAS) mn Wang Chi-Lin-Lee Chia Hsin (TPE) 21-16, 21-8.
Lai Pei Jing-Tan Kian Meng (MAS) mn Dechapol Puavaranukroh-Puttita Supajirakul (THA) 21-16,21-17
Penulis Jemputan
Thu Jan 18 2018
Al Ahli 1-2 Al Hilal: Malcom saves league leaders' winning streak
Al Hilal left it late to get another three points, coming from behind to beat Al Ahli and extend their lead at the top of the table.
Carragher: Moyes leaving West Ham 'a great decision for everybody'
Moyes departure the right call
IPL: Yadav century ends Mumbai's losing streak in style
IPL: Yadav stars for MI
Moyes to leave West Ham at end of season
Moyes to leave West Ham
Ten Hag hits back at Mourinho dig over Man United board backing
Jose Mourinho's claims the Manchester United board supported Erik ten Hag more have not gone over well with the current Red Devils boss.
Sinner will only play Roland Garros if '100 per cent' fit
Sinner aims for French Open return
Things trending in the right direction for Koepka ahead of PGA Championship defence
Koepka upbeat ahead of PGA defence
PSG not obsessed with scoring twice against Dortmund - Luis Enrique
PSG not focused on Dortmund deficit
Mavericks sign Kidd to multi-year contract extension
Mavs sign Kidd to extension
Nadal and Djokovic on opposite sides of Italian Open draw
Possible Nadal and Djokovic final