Masters Malaysia: Chen Tang Jie-Toh Ee Wei langkah kanan tewaskan wakil Thailand

Saufi Tahir
May 22, 2024 10:47 MYT
Beregu campuran negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, memulakan cabaran Masters Malaysia dengan langkah kanan selepas menewaskan wakil dari Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong, sebentar tadi.
Pemain Thailand cuba memberikan saingan dalam set pertama dengan mengikat wakil negara 5-5, sebelum Tang Jie-Ee Wie meninggalkan pemain dengan lawan dengan jurang sembilan mata sekaligus menamatkan perlawanan 21-12.

RESULTS: #PERODUAMalaysiaMasters2024 R32#MAS?? Chen Tang Jie-Toh Ee Wei(1) def. #THA?? Pakkapon Teeraratsakul-Phataimas Muenwong 21-12 21-14#GemilangkanLagi #DemiMalaysia #BadmintonMalaysia pic.twitter.com/mPRJDZlw8a

— BAM (@BA_Malaysia) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tang Jie-Ee Wei memulakan set kedua dengan baik dalam awal meninggalkan lawan 10-5 dengan jurang 5 mata, sebelum pasangan Thailand di kedudukan ke-42 dunia itu cuba mengejar untuk merapatkan jurang mata 10-9.
Begitupun, penggalaman wakil negara jelas lebih baik untuk menamatkan perlawanan 21-14 untuk melangkah ke peringkat seterusnya.
Seorang lagi wakil perseorangan wanita Letshanaa Karupathevan akan turun menentang wakil dari China Han Yue, sebentar lagi.

Malaysia Masters : Chen Tang Jie- Toh Ee Wei berjaya menewaskan gandingan Thailand, Pakkapon Teeraratsakul- Phataimas Muenwong 21-14 21-12 pada pertemuan pertama mereka. @ASTROARENA pic.twitter.com/ykB7pXBGHX

— Faizal Bazari (@faizalbazario) May 22, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Masters Malaysia #Chen Tang Jie-Toh Ee Wei