Masters Korea Selatan BWF: Aaron Chia-Wooi Yik tumbangkan bekas juara dunia dalam tempoh setengah jam

Saufi Tahir
November 7, 2024 16:50 MYT
Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, tiada masalah untuk menewaskan bekas juara dunia dari Korea Selatan, Ko Sung-hyun-Shin Baek-cheol, dalam aksi straight set 21-18,21-17, saingan Masters Korea Selatan BWF di Gimnasium Iksan City, sebentar tadi.
Wakil negara yang merupakan pilihan utama kejohanan berstatus Super 300 itu hanya memerlukan tempoh 32 minit untuk mengesahkan tempat ke suku akhir, esok.

RESULTS: #KoreaMasters2024 R16#MAS ?? AaronChia-Soh Wooi Yik 1️⃣ def. #KOR?? Ko Sung Hyun-Shin Baek Cheol 21-18 21-17 ⏱️ 32m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/8OxprCbbBi

— BAM (@BA_Malaysia) November 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Terdahulu, Wooi Yik mengalami kecederaan keretakan jari kaki sejurus selepas Sukan Olimpik Paris 2024.
Dalam pada itu, satu lagi wakil perseorangan lelaki negara, Kok Jing Hong, terpaksa akur apabila tewas 20-22-14-21, berdepan wakil dari Jepun, Takuma Obayashi.

RESULTS: #KoreaMasters2024 R16#JPN?? Takuma Obayashi def. #MAS?? Kok Jing Hong 22-20 21-14 ⏱️ 39m#BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/GUKnrt8bVy

— BAM (@BA_Malaysia) November 7, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#badminton #Aaron Chia #Soh Wooi Yik #Masters Korea Selatan BWF
;