Masters Korea: Dua wakil negara kandas dalam separuh akhir.

Muzaffar Musa
April 16, 2022 10:08 MYT
Dua wakil terakhir negara terkandaas dalam Kejohanan Badminton Terbuka Korea di Gwangju hari ini.
Perseorangan lelaki profesional negara, Soong Joo Ven, tersingkir di tangan pemain di ranking ke-47 dunia dari Jepun, Kodai Naraoka.
Wakil negara berusia 26 tahun itu tewas 17-21, 23-21, 11-21 dalam masa sejam 25 minit, sekali gus gagal ke final.
Terdahulu, beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, turut terkandas di peringkat separuh akhir selepas disingkirkan pasangan China, Ou Xuan Yi-Huang Ya Qiong.
Meskipun turun selaku beregu pilihan keempat kejohanan itu, Soon Huat dan Shevon tewas mudah 11-21, 15-21 kepada lawan bukan pilihan itu dalam masa 33 minit.
#badminton #Goh Soon Huat #Soong Joo Ven #Shevon Lai #Badminton Masters Korea