Masters Jepun: Leong Jun Hao sekat kemaraan Kodai Naraoka ke separuh akhir

Najmi Iman
November 15, 2024 16:52 MYT
Pemain perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, berhasil meneruskan kemaraan ke separuh akhir Masters Jepun selepas menumbangkan pemain perseorangan nombor satu Jepun, Kodai Naraoka, di Kumamoto, sebentar tadi.
Pertembungan kali keempat itu memihak kepada pemain yang berada di ranking ke-31 itu apabila mencatatkan kemenangan ketiga sepanjang sejarah mereka bertemu.
Pemain berusia 25 tahun itu memerlukan 25 minit untuk mendahului di set pertama sambil diekori rapat 19-16 seterusnya berhasil memenangi perlawanan pertama dengan kedudukan 21-17.
Memasuki set kedua, pilihan kedua kejohanan menemui rentak kebangkitan menerusi kedudukan 8-5 dengan harapan mahu menghidupkan peluang ke pusingan seterusnya.

RESULTS: #KumamotoMasters2024 QF#MAS?? Leong Jun Hao def. #JPN?? Kodai Naraoka 2️⃣ 21-17 9-21 21-16 ⏱️ 1h 20m#GemilangkanLagi #BadmintonMalaysia #DemiMalaysia pic.twitter.com/iIS2bRfEF8

— BAM (@BA_Malaysia) November 15, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Wakil tuan rumah terus mengutip mata demi mata sambil memimpin aksi kedua itu sehingga 18-8 yang kemudiannya menutup set kedua dengan mudah 21-9 untuk mengheret Jun Hao ke set penentuan.
Persaingan sengit berlaku di mana kedua-dua pemain saling merapatkan jurang mata 8-8 di set ketiga.
Kelebihan seakan menyebelahi wakil negara tatkala berada di depan 15-12, sekali gus menyukarkan lawan dari Jepun itu untuk bangkit kali kedua.
Jun Hao akhirnya berjaya menoktahkan kemenangan 21-16 di set terakhir selepas hampir bertempur selama 68 minit.
Selepas ini, wakil tunggal negara itu akan bertemu Jonatan Christie bagi perebutan ke perlawanan akhir kejohanan bertaraf 500 itu, esok.
#badminton #Leong Jun Hao #Masters Jepun
;