Masters Jepun: Jonatan Christie bangkit singkirkan Lee Zii Jia
Ammar Hakim
November 15, 2024 12:52 MYT
November 15, 2024 12:52 MYT
Pemain perseorangan negara, Lee Zii Jia, meneruskan rentak cemerlang dalam Kejohanan Badminton Masters Jepun apabila mengesahkan slot ke separuh akhir sebentar tadi.
Zii Jia melangkah ke suku akhir menerusi kemenangan yang cukup dramatik, bangkit daripada ketinggalan untuk mengatasi wakil Chinese Taipei, Su Li-yang, 19-21, 21-8, 21-16 lawannya, Jonatan Christie mengatasi Rasmus Gemke dari Denmark 22-20, 21-17.
Cemerlang menampilkan permulaan bergaya, Zii Jia berjaya menghasilkan corak permainan yang cukup memukau sebelum menoktahkan set pertama 21-12.
Kemenangan seakan memihak Lee Zii Jia apabila berjaya memimpin perlawanan dalam set kedua namun Jonatan berjaya mencari ruang untuk kembali mengikat permainan 21-18 untuk perlawanan ke set penentuan.
Zii Jia dan Jonatan saling bertukar kutipan mata sehingga pada satu ketika terikat 17-17, sebelum Zii Jia gagal untuk menandingi lawan di penghujung permainan sebelum akur dengan kekalahan 21-18.