Masters Jepun BWF: Pilihan utama sekat kemaraan Tang Jie-Ee Wei ke separuh akhir

Muzaffar Musa
November 17, 2023 11:42 MYT
Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, terkandas dalam suku akhir Kejohanan Badminton Masters Jepun apabil tewas kepada pasangan pilihan pertama dari China, Zheng Si Wei-Huang Ya Qiong, di Kumamoto sebentar tadi.
Pasangan negara itu bermula cemerlang mendahului menuju ke pertengahan set pertama tetapi sebaik unggul di kedudukan 10-6, mereka seakan-akan hilang momentum untuk membenarkan lawan mendahului 12-11 sebelum akur dengan kekalahan 14-21.
Si Wei-Ya Qiong kemudian mendominasi sejak awal set kedua dan biarpun Tang Jie dan Ee Wei cuba melakarkan kebangkitan, mereka hanya dapat bertahan selama 35 minit sebelum akur tersingkir juga dengan kekalahan 14-21 dalam set kedua.
Dalam pada itu, satu lagi beregu campuran negara, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, turut terkandas di peringkat sama selepas tewas 15-21, 16-21 kepada pilihan kedua tuan rumah, Yuta Watanabe-Arisa Higashino, selepas bertarung selama 40 minit.
#badminton #Lai Pei Jing #Tan Kian Meng #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Masters Jepun BWF
;