Masters Cincinnati: Kvitova singkir Keys untuk ke final

Muzaffar Musa
August 21, 2022 10:58 MYT
Petra Kvitova menyingkirkan wakil tuan rumah, Madison Keys, untuk mara ke final Kejohanan Tenis Masters Cincinnati, sekali gus kembali ke kelompok 20 pemain terbaik dunia.
Juara Kejohanan Wimbledon dua kali itu mencatatkan kemenangan 6-7, 6-4, 6-3 dalam masa dua jam dan 18 minit.
Kedua-dua pemain berkenaan telah mempamerkan aksi terbaik mereka sepanjang kejohanan kali ini, di mana Keys menyingkirkan pemain nomnbor satu dunia, Iga Swiatek, dan Kvitova pula mengalahkan naib juara Kejohanan Wimbledon, Ons Jabeur.
Kvitova sebelum ini pernah mara ke separuh akhir di Cincinnati pada 2012 dan 2018, di mana dia tewas kedua-duanya dalam aksi tiga set tetapi kali ini, dia mempamerkan aksi terbaiknya untuk ke penentuan gelaran dan finalnya yang ke-40 sepanjang kariernya dalam WTA.
Dia seterusnya akan berdepan Caroline Garcia bagi perebutan kejuaraan selepas pemain dari pusingan kelayakan itu menewaskan Aryna Sabalenka dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

?? @Petra_Kvitova powers through to the 40th(!) final of her career!#CincyTennis pic.twitter.com/vM2iQsyDA2

— wta (@WTA) August 20, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Petra Kvitova #Madison Keys #WTA #Tenis #Tenis Masters Cincinnati
;