Masters China: Takuma Obayashi akhiri perjuangan Leong Jun Hao
Shaiful Shamsudin
November 20, 2024 21:01 MYT
November 20, 2024 21:01 MYT
Perjuangan perseorangan lelaki negara dalam Masters China terhenti seawal pusingan pertama berikutan wakil terakhir, Leong Jun Hao, tumbang kepada pemain Jepun, Takuma Obayashi, dengan straight set sebentar tadi.
Finalis Masters Jepun hujung minggu lalu bagaikan dihambat kelesuan apabila sukar untuk menjelmakan momentum garangnya di Shenzhen untuk tumbang 12-21, 11-21 dalam tempoh hanya 38 minit, sebentar tadi.
Sementara itu, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi, berputih mata apabila disingkirkan pilihan kedua dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Mereka terlebih dahulu menjamin set pertama 24-22, namun tumpas 18-21, 15-21 dalam set selanjutnya.