Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei vs Guo Xin Wa-Chen Fang Hui

Ammar Hakim
November 22, 2024 08:27 MYT
Gandingan beregu campuran nombor satu negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei, menjadi wakil negara yang pertama daripada lima yang bakal turun ke gelanggang untuk memburu slot ke separuh akhir Masters China di Shenzhen.
Tang Jie-Ee Wei bakal bertemu wakil tuan rumah, Xin Wa-Fang Hui dalam aksi pertama, dengan rekod pertemuan memihak wakil negara (1-0).
Dalam saingan beregu lelaki, Aaron Chia-Soh Wooi Yik bertemu beregu tuan rumah, He Ji Ting-Ren Xiang Yu, sementara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani bakal menghadapi cabaran pasangan Indonesia, Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani.
Pasangan beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, turut akan ke gelanggang bertemu pilihan kedua kejohanan dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning.
Dalam acara yang berlangsung di Gelanggang 2, beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin, mencipta kejutan terbesar menumbangkan beregu pilihan kedua tuan rumah, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, bakal turun ke bertemu Chen Cheng Kuan-Hsu Yun-Hui dari Chinese Taipei.

Masters China: Siaran Langsung (Live Streaming) Chen Tang Jie-Toh Ee Wei vs Guo Xin Wa-Chen Fang Hui

Tarikh: 22 November 2024 (Jumaat)
Masa: 10 pagi *tertakluk kepada perubahan semasa
Saluran: Astro Badminton CH815, Astro GO, sooka Venue: Shenzhen Gymnasium Court 1
#badminton #Malaysia #Chen Tang Jie #Toh Ee Wei #Masters China
;