Masanya sudah tiba -- Kata Josh Brownhill kepada TMJ

Saufi Tahir
December 29, 2024 13:05 MYT
Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, berkongsikan perbualannya di laman Instagram Stoty bersama Josh Brownhill susulan terdapat khabar angin mengaitkan kapten Burnley itu punyai pertalian darah dengan Malaysia untuk mewakili Harimau Malaya.
TMJ terlebih dahulu meminta pemain berusia 29 tahun itu menjelaskan status sebenar dirinya kepada peminat bola sepak tempatan yang ingin dia memperkuat skuad bola sepak negara.
"Hai Josh, Selamat Hari Krismas. Saya mendoakan anda dan keluarga anda selamat. Saya rasa anda perlu membuat kenyataan bahawa anda bukan rakyat Malaysia.

?? https://t.co/DdsbPCeioL pic.twitter.com/dAphBcdwcr

— HRH Crown Prince of Johor (@HRHJohorII) December 28, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Negara saya tergila-gilakan anda dan merayu saya untuk mengajak anda bermain untuk Malaysia.
"Ia amat membantu jika anda boleh menjelaskan perkara sebenar. Maaf mengganggu kamu. Salam sejahtera dan terima kasih", katanya.
Bekas pemain akademi Manchester United itu membalas mesej daripada pemilik kelab Johor Darul Ta'zim (JDT) itu dengan berkata: "Hai, Selamat Hari Krismas kepada anda juga! Saya terfikir untuk mengeluarkan sesatu untuk seketika sekarang.
"Tetapi saya melihat masanya sudah tiba! Tidak pasti bagaimana semuanya bermula. Terima kasih atas mesej ini,” balasnya.
Malah, pemain berusia 29 tahun itu turut menjelaskan dakwaan khabar angin itu hari ini dengan menafikan perkara itu dengan menjelaskan situasi sebenar dirinya.
#TMJ #Harimau Malaya #sepak #'bola #Josh Brownhill
;