Malaysia Masters: Kemboja pentas pemanas badan terbaik Jun Hao
Ammar Hakim
May 17, 2023 14:20 MYT
May 17, 2023 14:20 MYT
Perseorangan negara, Leong Jun Hao, menyifatkan Sukan SEA Kemboja 2023 pentas pemanas badan terbaik menjelang kejohanan Malaysia Masters 23 Mei ini.
Jun Hao menjelaskan bahawa kemenangan ke atas pemain ranking ke-19 dunia, Chico Aura Dwi Wardoyo merupakan penyuntik semangat terbaik buat dirinya.
Manakala kekalahan kepada Christian Adinata pula membuka matanya terhadap kelemahan-kelemahan dalam gaya permainannya.
"Beberapa aspek dalam permainan perlu diperbaiki bagi menghadapi saingan akan datang," kata Jun Hao.
"Saya akan berbincang dengan jurulatih supaya kesilapan dalam saingan kali ini tidak berulang supaya beraksi cemerlang dalam Malaysia Masters."
Final Results of the SEA Games Cambodia 2023 ? Congratulations to the winners of the Men’s Singles: ? Christian ADINATA ?? ? Chico Aura DWI WARDOYO ?? ? LEE Shun Yang ?? and LEONG Jun Hao ??#Badminton #BadmintonAsia #SEAGames2023 pic.twitter.com/fOUscC0Fbh
— Badminton Asia (@Badminton_Asia) May 16, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, seorang lagi pemain perseorangan negara, Lee Shun Yang, meluahkan pahit manis temasya Sukan SEA 2023 dan tekad kembali bangkit pada Terbuka Thailand 30 Mei ini.
Shun Yang berkongsi bahawa antara perkara yang akan diperbaiki adalah kekuatan mental supaya kurang melakukan kesilapan pada mata-mata penting.
"Ini merupakan pengalaman yang cukup beraksi di Sukan SEA. Saya berharap untuk beraksi cemerlang dalam Terbuka Thailand serta Malaysia Masters," kata Shun Yang.
"Saya juga mahu memperbaiki corak permainan dan meningkatkan kekuatan mental supaya mengelak daripada melepaskan mata berharga."